30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Apakah Shakilla Khoriri Sudah Menikah? Ramona Berkongsi Foto Berbaju Pengantin

    Shopee Sale



    Semalam, Pelakon Shakilla Khoriri atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya, hari ini.

    Sah bergelar isteri?

    Terbaru menerusi posting yang dimuat naik pelakon, Ramona Zamzam, Shakilla dipercayai sudah sah bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Fariz.

    Menerusi foto yang dimuat naik oleh Ramona itu, Shakilla kelihatan cantik memakai busana pengantin berwarna putih. Anaknya, Ameena Sofia turut kelihatan dalam foto tersebut.

    Ujar Ramona, dia berharap rakan baiknya itu bahagia sentiasa.

    Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan ameena.

    Selain Ramona, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada turut menghadiri majlis tersebut.

    Lawanya pengantin

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Shakilla.

    MENARIK:  [VIDEO] Reza Rahadian Dedah Diri Seorang Mualaf – ‘Bagi Saya Memeluk Islam Itu Adalah Memeluk Kedamaian’

    Semalam, viral di media sosial mengenai Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

    Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah