26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perniagaan Piza Jofliam Didakwa Ganggu Lalu Lintas & Ketenteraman Awam, Penduduk Setempat Buat Aduan

    Shopee Sale



    Berikutan menjalankan perniagaan piza di kawasan kediaman, beberapa individu tampil membuat laporan terhadap usahawan Jofliam.

    Aduan penduduk

    Menerusi hantaran di laman Threads, terdapat beberapa orang individu yang tinggal di kawasan berkenaan mengambil tindakan dengan membuat aduan secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

    Didakwa, perniagaan yang dijalankan di kawasan Taman Melawati itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyusahkan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.

    Selain itu, mereka juga mendakwa perniagaan tersebut tidak berdaftar dan tiada lesen perniagaan.

    Perniagaan ini secara berterusan dibuat dari rumah, dan check point jualan dibuat merata termasuk di kawasan kejiranan, sekolah dan stesen minyak.

    Walaupun banyak laporan telah dibuat kami belum menerima apa-apa tindakan wajar daripada pihak berwajib.

    Aduan KKM

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut turut berkongsi laporan yang dilbuat.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Kongsi Zikir Selepas Solat – ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’

    Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan pemeriksaan terhadap pekerja yang didakwa berkemungkinan tidak mengambil suntikan typhoid.

    Justeru, mereka menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap aduan berkenaan demi ketenteraman penduduk setempat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah