Pempengaruh media sosial, Saby Rose berkongsi salah satu amalan yang dilakukan oleh pempengaruh Sally Whoo sehingga dikurniakan rezeki yang paling mahal iaitu bakal menimang sepasang cahaya mata kembar.
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Suka Pakai Crop, Sekarang Allah Jentik Hati Pakai Pakaian Labuh’ – Saby Rose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saby Rose Ada Sebab Tak Padam Video ‘Free Hair’ – ‘Itu Semua Kontrak Kerja’
Sedekah

Saby berkata antara amalan yang diamalkan oleh Sally atau nama sebenarnya, Nur Salihah Aimuni adalah dengan mengamalkan sedekah, menolong mereka yang memerlukan.
Bagaimapaun, Saby berkata rakannya yang mempunyai sifat pemurah itu sering menghulurkan bantuan secara diam dan tidak pernah menunjukkan kebaikannya.
Saya yang kawan rapat dia pun ada terfikir macam kalian.
Apa yang saya boleh kongsi, dia sangat suka sedekah. Dia adalah orang yang cepat menghulur tanpa beritahu orang.
Dia tidak suka kongsi kepada umum kalau dia sedekah.
Saby berkongsi perkara itu selepas ramai yang mengajukan soalan berkenaan rahsia yang dilakukan oleh Sally sehingga dikurniakan anak kembar.
Kata Saby, Sally tidak pernah berharap dengan setiap kebaikan yang dilakukan.
Dia adalah orang yang suka tolong orang dengan ikhlas.
Dia jenis tidak pernah berharap dengan setiap kebaikan yang dia buat.
Ada duit atau tidak, sifat dia suka tolong orang. Itu rezeki dia dapat rezeki paling mahal sekali iaitu anak kembar.
Sebelum ini, Sally mengumumkan dia dan suaminya bakal menimang sepasang cahaya mata kembar pada majlis dedah jantina bayi (gender reveal) yang diadakan baru-baru ini.
Sumber: Threads
The post ‘Apa Amalan Sally Dapat Kembar? Dia Suka Tolong Orang Dengan Ikhlas’ – Saby Rose first appeared on OHBULAN!.





