28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Sebak Terima Komen Positif Dari Guru Kelas, Eidress Disifatkan Pelajar Fokus – ‘Hanya Ibu Bapa Saja Yang Faham’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita Anzalna Nasir menzahirkan rasa syukur dan terharu ekoran komen positif daripada guru kelas buat anak sulungnya, Mohamad Eidrees.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Anzalna Nasir Semakin Dikenali, Ramai Ajak Bergambar & Beri Hadiah – ‘Eidrees Tanya Kenapa Dia Famous’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Jadi Ibu & Akan Terus Manjakan Anak-Anak Selagi Mampu’ – Anzalna Nasir

    Komen positif

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, memaklumkan dia menghadiri sesi perjumpaan ibu dan guru di sekolah Eidress.

    Pada hantaran yang sama, Anzalna dilihat teruja berkongsi komen positif yang diterimanya mengenai kelakukan Eidress di dalam kelas.

    Hari ini kami menghadiri sesi perjumpaan ibu bapa dan guru. Sebenarnya teringin nak rakam, tapi demi menghormati suasana, saya tak buat begitu.

    Cikgu beritahu Eidrees seorang pelajar yang fokus, suka bertanya dan berkongsi pandangan dalam kelas.

    Setiap kali ditanya, dia mampu jawab dengan baik.

    Dalam pada itu, Anzalna meluahkan rasa syukur atas didikan yang bermula daripada rumah sekali gus sebak melihat anak sulungnya semakin membesar.

    Alhamdulillah. Saya memang selalu pesan pada dia, apa pun yang kita buat dalam hidup, kena sentiasa fokus.

    Rasa gembira dan sebak. Hanya ibu bapa saja yang faham. Nak kongsi sikit sebab akhirnya saya dapat rasa momen ini.

    Sumber: Threads @anzalnanasir88

    MENARIK:  Bahang Kian Terasa! Ini Cara Nak Undi Pencipta Kandungan Kegemaran Korang & Beli Tiket TikTok Awards 2024

    The post Anzalna Nasir Sebak Terima Komen Positif Dari Guru Kelas, Eidress Disifatkan Pelajar Fokus – ‘Hanya Ibu Bapa Saja Yang Faham’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah