Pelakon jelita Anna Jobling terpaksa menangguhkan kerjanya demi keselamatan ekoran rusuhan yang tercetus di negara jiran, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Anna Jobling Titip Ucapan Hari Lahir, Bangga Dengan Pencapaian Anak – ‘Dia Anugerah Daripada Allah’
Bangga dengan rakyat Malaysia

Ketika ditemui , Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, meluahkan rasa bangga terhadap keprihatian rakyat Malaysia yang memberi sokongan dan bantuan pada Indonesia.
Saya terharu melihat ramai yang berkongsi simpati dan menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia. Walaupun kadangkala kita ada perbezaan pendapat, namun saat genting begini, jelas kelihatan semangat saling menyokong.
Bukan sahaja Malaysia, malah rakyat Thailand dan Singapura juga menzahirkan solidariti.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan drama Setia Itu Mahal episod ke-27 di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, pada Selasa.
Kesan pada kerjaya

Berkongsi lebih lanjut, Anna memaklumkan bahawa majlis tayangan perdana filem lakonannya, Sukma, ditangguhkan pada tarikh baru atas isu yang melanda di Indonesia kini.
Sebenarnya, esok (hari ini) saya sepatutnya terbang ke Indonesia untuk tayangan perdana Sukma, tetapi ia ditangguhkan selepas meneliti laporan berita yang mendapati keadaan kurang selamat.
Bagi saya, majlis sebegitu tidak sesuai diadakan dalam situasi sekarang. Jadi, kami sepakat untuk menunda.
Lagipun Jakarta adalah rumah kedua saya. Hampir setiap bulan saya akan berada di sana. Jadi, bila saya melihat perkara ini saya sangat sedih. Saya doakan semoga cepat sembuh.
Dalam pada itu, Anna bersyukur atas sokongan penonton dengan sambutan luar biasa terhadap drama Setia Itu Mahal yang menjadi bualan hangat di setiap platform media sosial.
The post Anna Jobling Tunda ‘Terbang’ Ke Indonesia, Bangga Dengan Keprihatinan Rakyat Malaysia first appeared on OHBULAN!.





