29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanah Jerlus: ‘Raja Bomoh’ Turun Padang – ‘Saya Mahu Bantu Guna Kaedah Tertentu’

    Shopee Sale



    Kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, baru-baru ini, masih menjadi perhatian umum sehingga ke hari ini.

    Terbaru, Raja Bomoh iaitu Ibrahim Mat Zin dilihat hadir di lokasi kejadian.

    Mahu bantu cari mangsa

    Memetik laporan Harian Metro, Ibrahim berkata, kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

    Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

    Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa.

    Terdahulu, Ibrahim dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi kejadian.

    Di samping itu, pengamal media turut melaporkan empat individu telah membawa bunga kekwa berwarna kuning dan berada di lokasi itu juga.

    Mereka dilihat hadir di lokasi jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit dipercayai sebagai alternatif mencari mangsa yang masih belum ditemui.

    MENARIK:  Eyka Farhana mendedahkan bahawa dia memulakan hubungan percintaan dengan Akhyar Rashid melalui direkt mesej di Instagram, walaupun mereka menghadapi cabaran hubungan jarak jauh selama lima tahun.

    Operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) wanita itu yang memasuki hari keenam, hari ini, masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

    Op SAR yang dijalankan sejak Jumaat lalu itu membabitkan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah