26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angkat Martabat Kuih Tradisional & Sarat Dengan Komedi, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Filem ‘6 Jilake’!

    Shopee Sale



    Filem ‘6 Jilake’ yang sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bukan hanya sekadar hiburan ringan, tetapi sebuah naskhah unik yang membuktikan filem tempatan mampu menyerlah dengan keaslian budaya dan sentuhan sinematik segar.

    5 sebab wajib tonton

    Diterbitkan Eartistic Entertainment dan Primeworks Studios, filem yang mendapat sentuhan daripada pengarah hebat Aziz M. Osman ini akan membawa penonton ke zaman penjajahan Belanda yang cuba menguasai perlombongan bijih timah, dengan konflik dan watak yang diangkat berdasarkan suasana politik dan budaya Melayu ketika itu.

    Memang rugi kalau korang lepaskan peluang menonton filem yang diilhamkan daripada sejarah sebenar Perak di abad ke-18 ini. Berikut merupakan lima sebab mengapa korang wajib tonton filem ‘6 Jilake’.

    1. Angkat martabat kuih tradisional Melayu

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by 6 Jilake (@6jilakemovie)

    Apa yang benar-benar membezakan 6 Jilake adalah kreativiti luar biasa dalam pemilihan nama-nama watak. Setiap ahli kumpulan utama diberi nama kuih tradisional Melayu, Pulut Panggang, Kole Kacang, Badak Berendam, Tatnanas, Bingka Ubi, dan Nagasari.

    Selain mencetuskan senyum, nama-nama ini secara simbolik mencerminkan keunikan personaliti setiap karakter. Pendekatan ini bukan sahaja menyuntik elemen jenaka yang segar, malah secara tidak langsung menjadi penghormatan kepada warisan kulinari Melayu yang kaya dan berwarna-warni.

    2. Aksi yang digarap dengan elemen seni silat & senjata tradisional Melayu

    Dari segi aksi, 6 Jilake bukan calang-calang filem. Ia menyajikan pertarungan yang penuh gaya, diinspirasikan oleh seni silat dan senjata tradisional seperti Kayu Selengan Kembar, Tekpi, dan Nanchaku Tahi Besi 1000 Tahun.

    Koreografi pertarungan dipersembahkan secara dramatik, tetapi tidak keterlaluan, menjadikannya mudah dihayati penonton pelbagai lapisan umur. Unsur seni mempertahankan diri ini bukan sekadar tambahan, malah menjadi teras penting dalam membina identiti filem ini.

    3. Komedi bergaya tempatan, masak ranum dengan rasa asli Malaysia

    Walaupun bertemakan perjuangan dan penindasan, elemen komedi dalam filem ini tetap menonjol. Gabungan lawak fizikal, permainan kata, dan situasi yang mencuit hati menjadikan 6 Jilake sebuah filem aksi-komedi yang ‘masak ranum’.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! – ‘Cantik, Kemas..Pandai Suami Jaga’

    Ia tidak terlalu serius, tetapi cukup menyengat untuk menyampaikan mesej dan hiburan secara seimbang. Ini menjadikannya sesuai untuk tontonan seisi keluarga, sesuatu yang jarang ditemui dalam genre aksi tempatan.

    4. Watak antagonis diberikan sorotan utama pada awal penceritaan

    Tambahan lagi, 6 Jilake juga mengambil pendekatan berani dari segi struktur naratif dengan memperkenalkan watak antagonis secara mendalam sebelum kemunculan penuh watak hero.

    Kaedah ini menambahkan ketegangan dan memperkayakan penceritaan, memberi ruang kepada penonton untuk memahami sisi gelap sebelum menyaksikan kemunculan harapan.

    5. Naskhah penuh identiti dari Aziz M. Osman

    Di sebalik semua keunikan ini, berdirilah nama besar dalam industri perfileman tanah air, Aziz M. Osman sebagai pengarah, disokong oleh penerbitan Eartistic Entertainment, sebuah syarikat produksi baharu yang diterajui oleh Dr. Shasa Aziz. Gabungan antara pengalaman dan semangat baharu ini mencetuskan nadi sinematik yang segar untuk industri filem Malaysia.

    Lebih hebat, filem ini turut menampilkan barisan pelakon utama yang cukup hebat dan berpengalaman seperti pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri, pelawak legenda tanah air, Saiful Apek, Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA, Amerul Affendi, Asmidar, Kazar Saizi, Kamarool Hj Yusof, Jalil Hamid, Wan Raja, Mamak Puteh dan Wan Gegau.

    6 Jilake

    Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda bertujuan untuk menguasai semua lombong timah di Perak bagi mengatasi kuasa asing lain. Mereka mengupah sekumpulan penjahat yang dikenali sebagai 6 Jilake untuk mengawasi kawasan perlombongan, termasuk Kampung Ketayap.

    Walau bagaimanapun, kampung itu tetap dilindungi oleh seorang pahlawan bernama Kuping dan menentang penguasaan mereka. 6 Jilake ditugaskan untuk menawan kampung itu, yang dipercayai menyimpan harta karun yang berharga.

    Nak tahu apa kesudahan kepada 6 Jilake tersebut? Jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda dan rasai pengalaman epik zaman dahulu yang penuh dengan aksi dan budaya!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah