Pelakon aksi, Andy Teh meluahkan rasa gembira apabila Festival Filem Malaysia (FFM) ke-34 mengumumkan satu kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Artikel Berkaitan: Blood Brothers: Bara Naga Juara Box Office, Peroleh RM62 Juta Kutipan Dalam Masa 20 Hari Tayangan!
Artikel Berkaitan: Andy Teh Dapat Tawaran Beraksi Dalam Filem Hong Kong, Akui Susah Nak Bertutur Dialek Kantonis
Penyuntik semangat

Memiliki pengalaman lebih 10 tahun sebagai pelakon lagak ngeri, pemilik nama lengkap Andy Teh Kim Huat, 40, berkata, kategori berkenaan dapat menyuntik semangat terutama kepada anak seni yang sering menjayakan adegan merbahaya.
Begitu pun, Andy telah meletakkan sebarang harapan tinggi untuk memenangi kategori berkenaan pada malam kemuncak FFM34 yang bakal berlangsung pada 8 November depan.
Saya bermula dengan buat ‘stunt’, jadi bila kategori baharu ini diperkenalkan, saya seronok. Mungkin ada peluang untuk tercalon, harap ada rezeki tercalon.
Sebelum ini saya pernah buat artikel mengenai pasukan ‘stunt’ di Malaysia ini kurang dihargai. Jadi, apabila anugerah seperti ini ada, setidaknya akan memberi semangat kepada ‘stuntman’.
Ini satu berita sangat bagus kerana di Malaysia sekarang sudah banyak filem aksi, semoga ini menjadi pembakar semangat untuk pelakon dan koreografer aksi.
Andy berkata demikian ketika ditemui di sidang media FFM34 yang diadakan di FINAS, Hulu Kelang, pada Selasa.
Taraf stuntman Malaysia

Berkongsi lanjut, Andy berkata, dia gembira melihat perkembangan pelakon aksi lagak ngeri yang menunjukkan mutu berkualiti setanding pemain naskhah antarabangsa.
Bila filem Blood Brothers ditayangkan di Indonesia, kita dapat banyak komen yang sangat positif apabila kebanyakan penonton tidak menyangka filem kita boleh sampai ke tahap itu.
Tapi sudah tentu ia bukan mengenai aksi lagak ngeri itu sahaja, tetapi dengan gabungan pergerakan kamera, koreografi dan pelaksanaan daripada pelakon yang kesemuanya ada sumbangan.
Saya harap, selepas ini perkara ini menjadi pembakar semangat buat semua kerana perkara membabitkan aksi ini bermain dengan nyawa. Kadang-kadang kita tak tahu apa bakal berlaku walaupun keselamatan sudah dijaga.
FFM34 akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri, pada 8 November depan.
The post Andy Teh Gembira FFM34 Perkenal Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik – ‘Harap Ada Rezeki Tercalon’ first appeared on OHBULAN!.





