Hasrat seorang individu untuk membawa keluarganya menikmati hidangan di restoran terbantut selepas mendengar kata-kata ibunya yang membuatkan dirinya berasa terkilan.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil Terkilan Dengan Layanan Suami, Tak Peduli Lapar & Sengaja Tutup ‘Aircond’ – ‘Nampak Awak Hidup Selesa Sangat’
Artikel Berkaitan: ‘Aku Berusaha Cari Duit Lebih & Potong Belanja Shopping’ – Isteri Terkilan Suami Rahsiakan Gaji Sebenar
Terkilan

Menerusi satu luahan yang tular, individu berkenaan berkongsi rasa sedih apabila rancangannya untuk membawa tujuh ahli keluarga makan di kedai tomyam dipandang sepi oleh ibunya.
Bercerita mengenai perkara itu, individu tersebut berkata dia meletakkan bajet sebanyak RM150 untuk membelanja keluarganya makan di restoran.
Gaji pertama kerja ni ingat nak belanja makan keluarga.
Saya ada bajet dalam RM150 untuk tujuh orang dan mahu makan di kedai tomyam Thailand biasa saja.
Tapi mak cakap kalau setakat kedai macam tu baik dia masak dekat rumah saja.
Bagaimanapun, kegembiraan itu bertukar menjadi hiba apabila niat murninya untuk menggembirakan keluarganya tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Katanya, tindakan ibunya membuatkan dia terasa hati memandangkan dia mempunyai banyak lagi komitmen kewangan lain yang perlu difikirkan.
Salah ke saya terasa sebab gaji bulanan saya hanya RM1,700, banyak benda lain lagi saya nak fikir.
Sumber: Threads
The post Anak Terkilan Niat Belanja Keluarga Makan Tomyam Ditolak Ibu – ‘Baik Mak Masak Dekat Rumah’ first appeared on OHBULAN!.





