30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaslinda ‘Survive’ Dalam Hutan Dengan Minum Air Periuk Kera, Ini Kebaikan & Bahaya Yang Ramai Tak Tahu

    Shopee Sale

    Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di sebuah gunung di Perak sebelum ini, Jaslinda Saludin mendedahkan antara cara yang dilakukan untuk terus bertahan sepanjang 14 hari berada dalam hutan adalah dengan meminum air daripada tumbuhan periuk kera.

    Artikel Berkaitan: Lima Hari Sebelum, Lelaki Sudah Ramal Lokasi Jaslinda Akan Ditemui…Rupanya Pernah Bertugas Di Unit Khas Rawat Orang Asli

    Fungi & risiko periuk kera

    Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna media sosial menjelaskan bahawa air di dalam periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes merupakan cecair semula jadi yang dihasilkan tumbuhan tersebut untuk memerangkap serangga.

    Air di dalam tumbuhan periuk kera (Nepenthes) merupakan cecair semula jadi yang dirembeskan oleh tumbuhan ini untuk memerangkap serangga.

    Dalam perubatan tradisional, air dan rebusan bahagian pokok ini sering diamalkan masyarakat untuk merawat masalah kesihatan tertentu.

    Menurut individu tersebut, antara khasiat yang sering dikaitkan dengan periuk kera adalah untuk membantu penjagaan kesihatan mata, melegakan masalah dalaman seperti cirit-birit, batu karang serta tekanan darah tinggi.

    Antara khasiat yang dipercayai adalah untuk kesihatan mata. Cecair di dalam periuk dikatakan boleh digunakan sebagai ubat cuci mata.

    Periuk kera juga boleh merawat masalah dalaman. Air rebusan akar dan batangnya dipercayai membantu melegakan cirit-birit, batu karang, dan darah tinggi.

    Selain itu, untuk penjagaan wanita. Keseluruhan pokok yang dikeringkan dan direbus sering dijadikan herba mandian atau minuman semasa berpantang.

    Periuk kera juga dikatakan boleh melebatkan rambut. Air dari periuk tersebut kadangkala dilumur pada rambut untuk melebatkannya.

    Bagaimanapun, pengguna itu turut mengingatkan bahawa tumbuhan berkenaan tetap mempunyai risiko dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan yang betul.

    Periuk kera juga adalah sumber makanan haiwan. Kajian saintifik menunjukkan ada spesies periuk kera yang menjadi perangkap atau ‘tandas’ semula jadi untuk haiwan seperti tupai dan kelawar.

    Tahap kebersihannya, cecair mentah di dalam periuk yang belum diproses mungkin mengandungi sisa serangga atau najis haiwan.

    Perolehan, pengambilan herba ini tidak disarankan sebagai rawatan utama bagi penyakit kronik. Anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada pengamal perubatan bertauliah.

    Terdahulu, Jaslinda berjaya ditemui selamat di kawasan berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh selepas 14 hari hilang ketika menyertai pendakian.

    MENARIK:  Penyiasatan Bomba Terhadap Pemilik Butik Terkenal Yang Mengabaikan Arahan Untuk Masuk ke Premis Terbakar, Dengan Video 'Cinematic' Penuh

    Sumber: Threads

    The post Jaslinda ‘Survive’ Dalam Hutan Dengan Minum Air Periuk Kera, Ini Kebaikan & Bahaya Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah