32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Sumbing Sebab Kau Banyak Cakap Pasal Orang’ – Ananda Natasha Kecewa Kawan Buruk Sangka

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Ananda Nastaya kecewa dengan sikap teman baiknya yang bersangka buruk terhadap dirinya selepas kelahiran cahaya mata, Alisha Puteri.

    Artikel Berkaitan: Anak Tinggi Suara, Ananda Natasha Terima Teguran Netizen

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Memberi Penjelasan Mengenai Warga Asing yang Mengaku Solat Isyak 17 Rakaat – “Kita Seharusnya Memberi Penghormatan”

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Dakwa Terima Mesej Dari Bekas Mentua Setiap Bulan, Harap Berhenti Ganggu Kehidupan Baru – ‘Saya Sangat Sayang Dia’

    Kesal dengan kawan

    " data-video-id="7522833183553883400" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @anandanatashaa1

    Korang rasa jenis kawan sejenis apa mcm ni? @ProCHAM HQ

    ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha, memberitahu dia tidak menyangka teman baik sendiri akan menuduh dirinya adalah penyebab Alisha kekurangan dari segi fizikal.

    Kawan baik saya telefon, saya ingatkan dia anak ucapkan tahniah sebab dah dapat anak. Rupanya dia cakap, ‘kenapa anak kau macam itu? Mungkin sebab kau dekat kampung banyak bercakap pasal orang’

    Kenapa dia perlu cakap begitu?

    Saya tak sangka, bila anak kita jadi begitu orang akan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan dekat kita.

    Terkesan dengan perkara tersebut, Tasha kemudian terus menghubungi ibunya.

    Saya menangis lalu menelefon ibu saya.

    Saya bertanya kepada ibu saya, ‘mak ada tak keturunan kita yang sumbing?’

    Mak kata tak ada dan dia beri nasihat kepada saya. Katanya saya kena terima kerana itu semua Allah yang beri.

    Tasha reda

    Walau bagaimanapun, bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera tersebut tetap reda dan yakin bahawa anak perempuannya itu adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

    Tapi lama kelamaan saya boleh terima bahawa Alisya adalah rezeki yang Allah beri untuk saya.

    Ada hikmah di atas semua yang berlaku dari hari saya mengandungkannya sehinggalah dia lahir dan membesar seperti sekarang.

    Sumber: TikTok Ananda Natasya

    The post ‘Anak Sumbing Sebab Kau Banyak Cakap Pasal Orang’ – Ananda Natasha Kecewa Kawan Buruk Sangka first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah