32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar Mengaku Tidak Bersalah R*gol Gadis 16 Tahun Di Rumah Terbiar Berhampiran Sekolah

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berdepan pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan di sebuah rumah terbiar berhampiran sebuah sekolah di Bota, Perak Tengah, pada bulan lalu.

    Artikel Berkaitan: Lelaki 71 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak Majikan, Didakwa Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Mangsa

    Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah

    Tertuduh mengaku tidak bersalah

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Sinar Harian, remaja berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret Parit pada Rabu.

    Prosiding yang berlangsung di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai itu dijalankan secara tertutup berikutan melibatkan mangsa bawah umur.

    Berdasarkan pertuduhan, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 4 petang pada awal September lalu di sebuah rumah terbiar berhampiran sekolah di kawasan Bota. Mangsa dan tertuduh masing-masing berusia 16 tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kenapa Ramai Orang Banyak Masa Untuk Risau Tentang Cara Orang Lain Berpakaian?’ – Harith Iskander

    Pertuduhan terhadap remaja itu dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurafiqah Abd Aziz.

    Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan syarat dia tidak mengganggu mangsa.

    Kes tersebut akan kembali disebut pada 10 November depan bagi urusan penyerahan dokumen serta pelantikan peguam.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Pelajar Mengaku Tidak Bersalah R*gol Gadis 16 Tahun Di Rumah Terbiar Berhampiran Sekolah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah