31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Muda Melaka Wajib Tahu! Ini Tawaran ‘Best’ Manifesto PRN Melaka 2026 Untuk Masa Depan Korang

    Shopee Sale

    Pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya corak masa depan yang menanti anak-anak muda di negeri Melaka selaku negeri yang penuh dengan sejarah ini?

    Kalau tengok apa yang diluahkan dikongsikan oleh anak muda Melaka, rata-ratanya menyuarakan satu hasrat yang sama iaitu impian untuk mendapatkan peluang kerjaya yang stabil, modal nak mula berniaga, serta jaminan masa depan yang lebih cerah tanpa perlu ‘berhijrah’ jauh dari tanah tumpah darah sendiri.

    View this post on Instagram

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Menjawab kepada aspirasi dan denyut nadi generasi muda ini, kempen Aspirasi Anak Muda Melaka (Edisi PRN Melaka 2026) hadir dengan pelbagai inisiatif berat dan konkrit.

    Ayuh kita ketahui lebih lanjut apa yang ditawarkan khusus untuk korang!

    1. 25,000 peluang pekerjaan melalui pembangunan perindustrian

    Masalah pengangguran dan sukar mencari kerja di tempat sendiri sering menjadi igauan ngeri lepasan graduan.

    Berita baiknya, inisiatif kali ini memfokuskan kepada pewujudan 25,000 peluang pekerjaan menerusi pembangunan kawasan perindustrian baharu!

    Ini bermakna, korang bukan sahaja ada lebih banyak pilihan kerjaya berkualiti di Melaka, malah tak perlu lagi pening kepala memikirkan kos sara hidup tinggi di negeri lain.

    2. Geran usahawan dan bantuan permulaan bisnes

    Jiwa anak muda sekarang memang kaya dengan semangat hustle dan minat berniaga.

    Walau bagaimanapun, bagaimana pula buat mereka yang ketiadaan modal?

    Jangan risau! Kerajaan negeri menitikberatkan masa depan usahawan muda dengan menyediakan geran usahawan serta bantuan permulaan perniagaan.

    Inilah masanya untuk korang ubah idea-idea bernas korang menjadi satu jenama perniagaan yang mantap!

    MENARIK:  ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri

    3. Dana sokongan perniagaan untuk peniaga kecil

    Bukan yang baru nak mula je dijaga, peniaga-peniaga kecil yang sudah lama bertapak pun turut ditiup semangat baharu.

    Melalui dana sokongan perniagaan, peniaga kecil kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan, menaik taraf operasi, dan bersaing dalam pasaran yang lebih kompetitif.

    Barulah bisnes boleh pergi jauh!

    4. Simpanan SSPN RM100 ‘one-off’ untuk bayi Melaka

    Inisiatif ni memang gempak dan jauh ke hadapan!

    Sebagai langkah awal memupuk budaya menabung sejak dari bangku sekolah, setiap bayi yang lahir di Melaka akan menerima simpanan SSPN sebanyak RM100 secara one-off.

    Walaupun nampak kecil di permulaan, inilah asas kukuh untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak Melaka tanpa membebankan ibu bapa di kemudian hari.

    Bukan sekadar janji, tapi realiti kesejahteraan rakyat

    Semua inisiatif hebat ini jelas membuktikan bahawa pembangunan di Melaka bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau tarikan pelancongan semata-mata.

    Lebih penting, ia adalah tentang peluang, kebajikan dan kualiti hidup rakyatnya khususnya golongan pelapis bangsa.

    Masa depan negeri ini ada di tangan korang. Dengan sokongan yang tepat, impian anak muda Melaka pasti mampu direalisasikan!

    Apa tunggu lagi warga Melaka, inilah masanya untuk menunaikan tanggungjawab korang sebagai pengundi dalam memberikan undian demi kesejahteraan rakyat serta negeri Melaka.

    The post Anak Muda Melaka Wajib Tahu! Ini Tawaran ‘Best’ Manifesto PRN Melaka 2026 Untuk Masa Depan Korang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah