Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan pengarah, Dr. Ahmad Idham yang mendakwa wisma miliknya di Kota Damansara menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Artikel Berkaitan: Nur Shahida Bidas Ahmad Idham, Dakwa Wisma Dherbs Punca Kesesakan Lalu Lintas? – ‘Saya Di Sini Sejak 2015’
‘Kita jiran, boleh bincang’

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff, 38, mempersoalkan tindakan Ahmad Idham yang membuat kenyataan tersebut secara terbuka di media sosial sedangkan mereka ibarat jiran kerana mempunyai premis perniagaan berdekatan.
Apa ini abang (Ahmad Idham), bangunan abang bersebelahan sahaja dengan wisma saya. Tidak boleh ke kita jiran bincang baik-baik? Tak perlu kot abang nak suruh saya pindah ke tempat lain.
Saya beli wisma ini menggunakan duit saya sendiri, bukan menyewa. Saya juga merupakan orang terawal yang duduk di kawasan ini.
Abang tidak boleh tuduh saya seorang sahaja yang menyebabkan kawasan ini sesak. Mana-mana peniaga kalau sedang buat promosi, tempat ramai orang perkara biasa. Kenapa abang sampai post di Threads?
Tambah bapa kepada enam cahaya mata itu, perkara tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu diperbesarkan di media sosial.
Abang kalau tidak berpuas hati, boleh sahaja berjumpa dengan saya, kita bincang sambil minum kopi. Tak perlu besarkan keadaan. Saya beli wisma ini bukan RM300,000 atau RM400,000, saya beli hampir RM30 juta.
Terdahulu, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik pasangan usahawan itu menjadi tumpuan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Walaupun tidak menyebut secara khusus nama mana-mana premis, salah satu perniagaan yang beroperasi di kawasan tersebut dipercayai milik Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Dalam salah satu komen balasnya, Ahmad Idham turut berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang mampu menarik kehadiran ramai pelanggan kerana berpotensi mengganggu aliran trafik setempat.
Bagaimanapun, Nur Shahida sebelum ini tampil menjelaskan bahawa perniagaannya sudah lama beroperasi di kawasan tersebut sejak lebih sedekad lalu dan mereka juga merupakan antara individu terawal yang menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan.
Sumber: TikTok
The post ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





