28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak-Anak Ikut Farid Kamil Beraya Di Kedah, Diana Danielle Manfaat ‘Me Time’ Sebaiknya

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle memaklumkan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza apabila dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora akan beraya di Kedah bersama bapa mereka, aktor Farid Kamil.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa Penuh, Utamakan Empati – ‘Saya Beritahu Kebaikan & Manfaat’

    Anak-anak beraya Kedah

    Diana, 34, berkata, dia tidak bersedih dengan situasi tersebut, sebaliknya melihat dari sudut positif apabila mempunyai lebih masa untuk berehat sementara anak-anak tiada di sisi.

    Raya kali ini saya berada di KL sebab anak-anak di Kedah bersama ayahnya. Alhamdulillah, maknya boleh rehat. Nanti akan jumpa balik bila mereka balik dari Kedah dan beraya bersama.

    Raya pun sebulan, jadi tak perlulah kita nak bersedih-sedih sangat. Saya pun beraya bersama ibu dan adik saya.

    Bila tak ada anak-anak bersama, maksudnya kurang komitmen untuk kita keluar beraya, nak kutip duit raya. Anak-anak pun seronok dapat rasa suasana beraya di kampung.

    Dalam masa sama, Diana tidak melihat situasi itu sebagai satu perkara yang perlu diperebutkan kerana dia percaya anak-anak gembira dapat meluangkan masa bersama datuk dan nenek di kampung.

    MENARIK:  [VIDEO] Nabila Huda Sanggup Cukur Kening Halus Demi Watak Suraya

    Tambah aktres itu, kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan, lebih-lebih lagi dalam momen istimewa seperti Aidilfitri yang memberi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Saya rasa, anak bila dah berpisah dah ada kekurangan. Jadi kita jangan tambah lagi kekurangan. Contohnya, kegembiraan mereka balik kampung, jadi kenapa saya nak berebutkan benda itu?

    Bila saya tahu mereka gembira nak balik kampung. Ia bukan tentang apa yang ibu bapa mahukan, tapi momen seperti raya, kita nak bagi special untuk mereka.

    Lagipun mereka jarang jumpa atuk dan nenek di Kedah berbanding dengan ibu saya yang memang duduk serumah. Kita fikir, bagus untuk mereka jalinkan hubungan dan eratkan lagi silarurrahim dengan keluarga sana.

    The post Anak-Anak Ikut Farid Kamil Beraya Di Kedah, Diana Danielle Manfaat ‘Me Time’ Sebaiknya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah