29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hwasa Mengaku Tak Selesa Pakai Pakaian Dalam – ‘Boleh Buat Saya Rasa Kembung Perut’

    Shopee Sale



    Pernah viral gara-gara berpenampilan seksi dan tidak memakai pakaian dalam pada tahun 2019, anggota kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa masih menjadi tumpuan ramai.

    Tidak selesa pakai pakaian dalam

    Menerusi laporan K-entertainment News, Hwasa akhirnya tampil membuka mulut dan mendedahkan punca mengapa dia berasa kurang selesa apabila mengenakan pakaian dalam.

    Sebetulnya, sangat tidak selesa untuk memakai bra. Saya mengalami masalah pencernaan sejak kecil, dan memakai seluar dalam membuat saya berasa kembung.
    Tambah Hwasa, dia sedar penampilannya itu sukar diterima netizen. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengekalkan imej tersebut.

    Berbicara mengenai anggota kumpulan Mamamoo yang lain, Hwasa mengakui bahawa rakan-rakannya turut terkejut melihat imejnya sebegitu.

    Anggota yang lain memang terkejut melihat imej saya pada ketika itu sampaikan mereka larang saya keluar. Tapi saya tetap dengan gaya sama setiap kali keluar dengan rakan-rakan lain.

    Dahulu ramai yang kecam tapi sekarang orang dah dapat menerima cara saya.

    Hwasa turut berkata, sejak kecil lagi ramai orang sudah bercakap dia seorang yang keterlaluan. Oleh sebab itu, dia mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara yang dilakukan.

    Momen macam itu membuatkan saya lebih berhati-hati dan sentiasa ingat.

    MENARIK:  ‘Dia OKU & Ada Kanser’ – Isteri Kongsi Video Suami Kira Duit Syiling Untuk Beli Barang Undang Sebak 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah