27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ammar Nazhan Dedah Kos Kahwin Cecah Enam Angka – ‘Saya Bekerja Keras Untuk Semua Ini’

    Shopee Sale

    Pempengaruh Ammar Nazhan mendedahkan keseluruhan perbelanjaan untuk majlis perkahwinannya bersama isteri, Elya Maisara melebihi enam angka.

    Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan Perjelas Isu QR Salam Kaut Ketika Live YouTube, Nafi Mahu Raih Wang

    Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan Kini ‘Off Market’, Selamat Merisik Cinta Hati

    Ammar Nazhan minta netizen henti kecam

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Ammar mengakui dia bekerja keras dan berkorban wang, masa dan tenaganya sendiri bagi memastikan majlis berjalan seperti yang diinginkan.

    Jumlah perbelanjaan untuk perkahwinan saya sudah melebihi enam angka dan semuanya hanya untuk mencipta hari yang indah dan tidak dapat dilupakan buat saya dan isteri.

    Saya bekerja keras untuk semua ini dan menggunakan duit, masa serta tenaga saya sendiri hanya untuk menjadikan hari istimewa ini kenyataan.

    Dalam pada itu, Amar turut mempersoalkan tindakan segelintir individu yang masih memilih untuk menghakimi cara dia membelanjakan wang untuk majlis perkahwinannya.

    Saya cuma mahu menikmati hari perkahwinan saya dan mencipta kenangan indah bersama orang yang saya sayangi.

    Saya tidak meminta sesiapa membayarnya. Saya juga tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju dengan pilihan saya.

    Ini duit saya, hari istimewa saya dan kebahagiaan saya. Biarlah saya menikmatinya selepas bekerja keras untuk hari ini.

    Bagaimanapun, Amar mengakui paling mengecewakan apabila terdapat individu yang meninggalkan komen supaya perkahwinannya dihentikan.

    Apa yang paling mengecewakan? Ada yang sanggup meninggalkan komen ‘STOP THE WEDDING’.

    Serius? Kenapa mahu mendoakan sesuatu seperti itu terhadap perkahwinan orang lain? Tak perlu suka dengan perkahwinan saya. Tidak perlu bersetuju dengan cara saya membelanjakan wang. Malah, tidak perlu hadir sekalipun.

    Tetapi mendoakan agar perkahwinan orang lain dihentikan adalah satu tahap negatif yang berbeza. 

    Untuk rekod, Ammar sebelum ini sah bergelar suami kepada Elya Maisara dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung semalam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tak Payah Fikir Negatif, Kita Doa Anak Kita Semua Dapat A’ – Puteri Sarah

    Sumber: Threads

    The post Ammar Nazhan Dedah Kos Kahwin Cecah Enam Angka – ‘Saya Bekerja Keras Untuk Semua Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah