27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Payah Fikir Negatif, Kita Doa Anak Kita Semua Dapat A’ – Puteri Sarah

    Shopee Sale



    Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak berniat mahu menunjuk-nunjuk mengenai pencapaian akademik anak sulungnya, Syaikhul Islam di media sosial.

    Cuma kongsi dia lulus

    Menerusi temu bual bersama , Sarah berkata, niatnya sekadar mahu berkongsi mengenai kejayaan anaknya itu.

    Saya tak menunjuk, saya cuma kongsi je dia lulus. Itu rezeki anak saya. Saya pasti anak-anak orang lain dapat keputusan yang membanggakan. Jadi rasanya tak ada apa kot kalau nak fikir negatif. Ala budak je pun. Tak payah fikir negatif. Kita doa anak kita semua dapat A.

    Tambah Sarah, sebagai seorang ibu, dia amat mementingkan akademik.

    Walau sibuk macam mana sekalipun, saya tak akan lupa akademik dan bab agama anak-anak. Sebab saya sendiri yang jaga mereka.

    Ujar Sarah lagi, setiap bulan dia akan duduk berbincang dengan anak-anak mengenai prestasi akademik.

    Setiap bulan ya kami akan bincang pasal keputusan mereka. Pelajaran di sekolah semakin susah. Jadi saya kena pantau anak-anak.

    Disoal mengenai reaksi bekas suami sewaktu anak meraih kejayaan, Sarah menjawab Syamsul Yusof berasa gembira.

    Sebagai ibu saya pun turut gembira. Kalau boleh nak semua A. Cuma sebagai ibu bapa kita tak boleh bagi tekanan dekat anak-anak.

    Video

    MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Sanggup Beratur Dua Jam Di Monaco, Demi Nak Beli Beg Goyard – ‘Syurga Kan Bawah Telapak Kaki Ibu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah