26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amira Othman Titip Ucapan Hari Jadi Buat Bakal Suami – ‘Semoga Yang Baik-Baik Untuk Manusia Sebaik Awak’

    Shopee Sale

    Penyanyi Amira Othman menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-35 bakal suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin.

    Artikel Berkaitan: Peminat Anjur Majlis Bacaan Yassin & Doa Kesyukuran Sempena Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Pilih Bercinta Selepas Nikah, 14 September Hadiah Amira Othman Untuk Fattah Amin’ – Pengurus

    ‘Happy Birthday Fattah Amin’

    Menerusi hantaran di media sosial, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman mendoakan agar Fattah terus diberkati dan dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupannya.

    Happy Birthday Fattah Amin. Moga Allah kurniakan rahmat, berkat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan tubuh badan. 

    Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-35.

    Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

    MENARIK:  Mona Allen Dilabel ‘Diva’ Gara-Gara Pakai Barang ‘Makeup’ Sendiri, Elak Daripada Dijangkiti Herpes – ‘Kita Kena Side Eyes’

    Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.

    Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam! Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv. 

    Sumber: Instagram Amira Othman

    The post Amira Othman Titip Ucapan Hari Jadi Buat Bakal Suami – ‘Semoga Yang Baik-Baik Untuk Manusia Sebaik Awak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah