32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amira Othman & Fattah Amin Tidak Datang Berpakej, Sibuk Bekerja Sepanjang Ramadan

    Shopee Sale

    Penyanyi Amira Othman berkongsi tentang persiapan serta komitmen kerjayanya sepanjang Ramadan, dalam masa sama berusaha merebut keberkatan bulan yang penuh mulia itu.

    Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Melatah Busana Raya Disamakan Dengan Terung – ‘Fesyen Itu Subjektif’

    Artikel Berkaitan: Amira Othman Kongsi Khutbah Rasullah – ‘Jangan Lukai Orang Lain Seperti Orang Lain Melukaimu’

    Kerja berpakej?

    Ketika ditemui , Amira, atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, menepis dakwaan menerima tawaran ‘berpakej’ apabila kerap dilihat bersama suaminya, Fattah Amin.

    Tambah Amira, dia menzahirkan harapan agar orang ramai terus mendoakan serta menitipkan kata-kata positif dalam kesibukannya mencari rezeki bersama suami.

    Untuk Ramadan sebenarnya kita banyak juga kerja yang yang harus dilakukan bersama Fattah.

    Saya tak boleh buat apa sebab memang kerja harus dilaksanakan. Kita pun ada kontrak dan sebagainya.

    Jadi saya harap semua orang cakap benda yang baik-baik saja lah. Untuk anda yang bercakap benda yang tak baik, saya tidak tahu di manakah kebaikannya.

    Amira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran koleksi tudung jenama Qyraisya yang berlangsung di Ruang Rama, Petaling Jaya pada Selasa.

    MENARIK:  Azharina Azhar & Nana Karia Bergabung Dalam Single ‘Biar Gambar Berbicara’

    Persiapan ramadan

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu meluahkan rasa teruja untuk menyambut Ramadan, yang juga menjadi tahun pertama buatnya bersama Fattah.

    Persiapan Ramadan tahun ini semestinya berbeza, sebab dah ada suami.

    Jadi tahun ini kita kena masak sahur dan sebagainya.

    Yang penting pada saya adalah mudah-mudahan Allah bagi kesihatan yang baik sebab kita pun ada komitmen kerja.

    Dalam masa yang sama kita nakkan keberkatan Ramadan. So hopefully Ramadan kali ni memberi pelbagai keberkatan kepada kita semua.

    Dalam perkembangan lain, Amira dilantik sebagai duta untuk menyerikan lagi jenama tudung baharu yang versatil bagi wanita moden, Qyraisya.

    Nilai yang dibawa oleh penyanyi berusia 32 tahun itu selari dengan identiti jenama tudung tersebut yang menitikberatkan kesederhanaan dan keanggunan.

    The post Amira Othman & Fattah Amin Tidak Datang Berpakej, Sibuk Bekerja Sepanjang Ramadan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah