31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Amira Othman, Amyra Rosli & Nora Danish Lambang Wanita Muslimah’

    Shopee Sale

    Memiliki sifat wanita yang lemah lembut dan bersopan santun antara faktor tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Amyra Rosli, Amira Othman dan Nora Danish dilantik sebagai duta Koleksi Amber Oasis Abaya.

    Artikel Berkaitan: Enam Selebriti Gred A Pacu Jenama Amber Tembusi Pasaran Singapura Di CelebFest

    Artikel Berkaitan: Enam Selebriti Gred A ‘Mendunia’.. Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish & Sophia Albarakbah Dipilih Jadi Wajah Rasmi

    Wanita lemah lembut

    Pengasas Amber yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, berkata, ciri-ciri yang dimiliki oleh tiga figura tersebut sememangnya layak untuk mengangkat martabat wanita muslimah.

    Koleksi kali ini Amber ingin ekspreskan kelembutan jiwa dan ciri-ciri itu ada pada Amyra Rosli, Amira Othman dan Nora Danish. Mereka juga seperti lambang wanita hebat tetapi tetap penuh lemah lembut.

    Ketiga-tiga figura ini bukan sahaja dikenali dengan kejelitaan dan pengaruh mereka, tetapi juga gaya hidup Muslimah moden yang menjadi aspirasi ramai wanita hari ini.

    Pemilihan mereka adalah berdasarkan personaliti mereka yang mencerminkan nilai-nilai jenama Amber iaitu elegan, yakin, dan menghormati gaya hidup Muslimah moden.

    Kerjasama bersama tiga selebriti ini bukan sekadar kempen pemasaran, tetapi adalah usaha strategik untuk mendekatkan jenama dengan pengguna yang mengidolakan mereka sebagai wanita hebat yang tetap menjaga prinsip dan imej walau dalam dunia serba moden.

    Rekaan ekslusif

    Tambah Adzliana, koleksi eksklusif yang dikeluarkan bersempena Hari Raya Aidiladha itu akan menonjolkan kejelitaan si pemakai.

    Amber bukan sekadar jenama, Amber adalah lambang kepada keyakinan dan keanggunan wanita Muslimah moden.

    Kami percaya bahawa setiap wanita berhak untuk bergaya dengan penuh keyakinan tanpa mengetepikan nilai dan keselesaan.

    Pelancaran Koleksi Amber Oasis Abaya ini merupakan manifestasi komitmen kami dalam menyediakan fesyen berkualiti tinggi dengan sentuhan eksklusif tempatan.

    Koleksi Amber Oasis Abaya menampilkan empat rekaan iaitu Madeena, Arora, Jumaira, dan Sahara yang masing-masing direka dengan teliti untuk memenuhi cita rasa berbeza wanita moden dan hanya 500 unit setiap rekaan disediakan.

    MENARIK:  Afifah Nasir Terharu Terima Pujian Daripada Hafreez Adam – ‘Saya Nampak Awak Utamakan Rumah Tangga & Suami, I’m Proud Of You’

    Selain itu, bagi pakej eksklusif, setiap pembelian termasuk kotak hadiah berlapik sutera, sijil keaslian bernombor, dan e-pass jemputan majlis preview eksklusif di Kuala Lumpur Fashion Week, September 2025.

    The post ‘Amira Othman, Amyra Rosli & Nora Danish Lambang Wanita Muslimah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah