27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peluang Bertemu Lee Junho, Ini 4 Highlight CUCKOOTOPIA Pop-Up Korang Kena Tahu!

    Shopee Sale

    Pernah tak korang ke pusat membeli-belah dan nampak pengunjung sanggup beratur panjang demi menikmati pelbagai aktiviti menarik serta barangan percuma?

    Haa, kalau korang berkunjung ke mall di sekitar Bukit Jalil pada minggu depan, korang bakal menyaksikan suasana yang luar biasa meriahnya!

    Sempena ulang tahun ke-12, CUCKOO membawakan CUCKOOTOPIA Pop-Up yang bakal berlangsung dari 22 Oktober 2026 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil. 

    1. Penampilan istimewa Lee Junho!

    Buat peminat K-Drama dan K-Pop, ini merupakan peluang keemasan untuk bertemu dengan oppa kegemaran korang.

    Duta Global CUCKOO, Lee Junho, bakal membuat penampilan khas di CUCKOOTOPIA Pop-Up pada 25 Oktober 2026. Korang juga berpeluang memenangi sesi “bergambar 1-on-1” eksklusif bersama Lee Junho tau! Caranya mudah, berbelanja RM200 produk CUCKOO di CUCKOOTOPIA Pop-Up untuk berpeluang memenangi pengalaman istimewa ini!   

    Di tapak acara nanti, turut disediakan zon mesej khas di mana korang boleh tulis ucapan manis dan Lee Junho akan baca sendiri ucapan korang tu. 

    Pro-Tip: Spot dekat Centre Court Pavilion Bukit Jalil ni confirm penuh. Datang awal supaya korang dapat sudut gambar yang aesthetic dan jelas.

    2. Tawaran tukar beli serendah RM12 & cabutan bertuah RM30,000!

    Siapa cakap check-in acara cuma dapat cuci mata? Di acara ini, korang boleh bawa balik pelbagai free gift. 

    Hanya dengan check-in di tapak pop-up, korang terus layak menerima pelbagai hadiah percuma dan boleh menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM30,000!

    Paling best, ada promosi “trade-in” di mana korang boleh bawa pulang showerhead CUCKOO baharu pada harga serendah RM12 sahaja, daripada harga asal RM69,  jimat RM57! Selain itu, nikmati diskaun produk sehingga 50%, serta hadiah percuma.

    3. Rakan kerjasama ternama & barangan kolaborasi eksklusif

    Bukan itu sahaja, CUCKOOTOPIA Pop-Up kali ini turut menampilkan kolaborasi bersama jenama popular tanah air.

    MENARIK:  Kongsi Video Dipeluk Hot Daddy, Zarina Anjoulie Ajak Pengikut ‘Join Group’ Telegram & ‘Close Friend’

    CUCKOO bekerjasama dengan jenama gergasi seperti Montigo, Step8ight, GOOJODOQ, HWC Coffee , WonderLab dan disokong penuh oleh Visit Malaysia 2026.

    Korang boleh dapatkan barangan kolaborasi terhad seperti baju CUCKOOTOPIA x STEP8IGHT pada harga promosi RM88 (Harga Asal: RM108), Reflective Socks Set RM28, dan Drift Cap pada harga RM58 sahaja! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Bekas Minuman Edisi Terhad CUCKOOTOPIA × Montigo  pada harga serendah RM38, serta pelbagai special deals dan giveaway daripada GOOJODOQ, HWC dan WonderLab!

    4. Peluang terakhir dapatkan tiket konsert percuma

    Masih tak dapat tiket ke Konsert Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026? Chill, korang ada peluang terakhir dekat sini!

    Hanya dengan menyertai aktiviti di tapak pop-up, korang berpeluang untuk menebus tiket Konsert CUCKOOTOPIA secara percuma.

    Pro-Tip: Pastikan korang ikuti media sosial rasmi CUCKOO di official website, Facebook, Instagram dan TikTok untuk sebarang kemas kini kuiz dan giveaway!

    Bagi korang yang dah dapat tiket, jangan lupa Konsert Penghargaan CUCKOOTOPIA Ulang Tahun Ke-12 bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada 24 Oktober 2026, jam 6.00 petang. 

    Persembahan malam tersebut bakal dihangatkan dengan barisan bintang popular seperti Faizal Tahir, Ella, Jaclyn Victor, Mimi Fly, Hujan, Jeryl Lee, 3P, Umairah, ALPHA, Emily, Janice Yoong, Odda serta penampilan khas Trevor Kuo dari Taiwan. 

    Bukan itu sahaja, suasana konsert pasti bertambah meriah dengan sorakan Duta Global CUCKOO Lee Junho, Duta Jenama Phei Yong, serta Firdhaus.

    Bagi memastikan malam persembahan berjalan lancar dan penuh tenaga, acara ini akan dikendalikan oleh tiga pengacara hebat iaitu Kamal Adli, Owen Yap dan Fiza Frizzy.

    Memang rugi besar kalau korang terlepas acara paling gempak ni! Jumpa korang di Pavilion Bukit Jalil dan Stadium Merdeka nanti okay?

    The post Peluang Bertemu Lee Junho, Ini 4 Highlight CUCKOOTOPIA Pop-Up Korang Kena Tahu! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah