30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amelina, Zaki Yamani & Santesh Bakal Meriahkan Melaka, Darling Ngasri Buka Uji Bakat Pelakon Baharu

    Shopee Sale

    Penyanyi dangdut popular Amelina bakal menghiburkan peminat di Melaka menerusi persembahan bersama Zaki Yamani dan Santesh di Dataran Keris, Alor Gajah, Sabtu ini.

    Artikel Berkaitan: Amelina Enggan Layan Suami Orang, Terus Cepat Tarik ‘Handbrake’ – ‘Saya Seorang Yang Manja’

    Amelina tak sabar nak turun Melaka

    Amelina atau mesra disapa Alin dijadualkan membuat persembahan pada 5 petang dengan tiga buah lagu, termasuk single terbaharunya yang kini mendapat perhatian ramai, Sayang Memang Sayang.

    Alin tak sabar nak jumpa peminat di Melaka. Alin akan hiburkan pengunjung dengan tiga buah lagu termasuk lagu viral Alin sekarang ini Sayang Memang Sayang.

    Alin juga bersyukur sekarang single lagu Sayang Memang Sayang dah dapat tontonan lebih 560 ribu tontonan dalam masa dua bulan.

    Kini selain sibuk dengan persembahan, ada masa terluang Alin akan rekod lagu baru. Senang buat simpanan, bila nak keluarkan single baru dah ada semuanya.

    Selain Amelina, Zaki Yamani dan Santesh, program berkenaan turut menampilkan hos popular Bell Ngasri dan Haiza Hanafi.

    Lebih menarik, program iLINDUNG U Gegar @ Melaka itu turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat dalam bidang lakonan untuk menyertai uji bakat terbuka.

    Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti hiburan, interaktif serta informasi berkaitan perlindungan sosial untuk pengunjung seisi keluarga.

    Bukan hanya hiburan, pengunjung yang mempunyai minat dalam bidang lakonan juga boleh mencuba nasib menerusi uji bakat ‘Ayuh!! Jadi Bintang Filem Bertemakan Pesona Filem Melayu’.

    MENARIK:  ‘Kepada Artis Muda, Kejayaan Tak Datang Dengan Mudah..Perlu Usaha, Disiplin & Keikhlasan Dalam Berkarya’ – Siti Nurhaliza

    Darling Ngasri buka ujibakat

    Uji bakat anjuran syarikat NS Star Media milik pelakon dan penggiat seni, Darling Ngasri itu akan berlangsung pada 12 tengah hari.

    Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa.

    Menurut Darling, inisiatif berkenaan bertujuan memberi peluang kepada mereka yang menyimpan impian untuk bergelar pelakon, khususnya golongan muda.

    Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang selama ini menyimpan impian untuk menjadi pelakon. Tak semestinya perlu ada pengalaman. Yang penting, berani mencuba, yakin dengan diri sendiri dan mempunyai pesona tersendiri.

    Selain uji bakat, pengunjung turut berpeluang menyertai pertandingan pencarian Asam Pedas Melaka, Pesta Mainan Anak Melaka dan cabutan bertuah.

    Program berkenaan turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial menerusi kaunter PERKESO dan iLINDUNG.

    Menerusi kaunter tersebut, pengunjung boleh mendapatkan penerangan serta membuat pendaftaran berkaitan Lindung 24 Jam, Lindung Pekerja, Lindung Kendiri, Lindung Kerjaya dan Lindung Kasih.

    Orang ramai juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai diskaun sehingga 80 peratus bagi caruman lewat bayar, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

    The post Amelina, Zaki Yamani & Santesh Bakal Meriahkan Melaka, Darling Ngasri Buka Uji Bakat Pelakon Baharu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah