30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Bunuh Irene Sofiya, Rakan Sekelas Didakwa Hari Ini

    Shopee Sale

    Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pagi ini atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada 3 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: Irene Sofiya Impi Jadi Doktor Seperti Arwah Ibu, Pelajar Pintar & Rajin Di Sekolah

    Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan Enam Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Sesi Orientasi Di Sekolah

    Rakan sekelah arwah didakwa di mahkamah

    Berdasarkan maklumat dalam sistem e-Kehakiman, prosiding pertuduhan terhadap pelajar Tingkatan Empat itu akan berlangsung di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada jam 9 pagi dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

    Keputusan tersebut dibuat selepas kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk penelitian sebelum tindakan pendakwaan diputuskan.

    Dalam kejadian berkenaan, Irene Sofiya yang dikenali sebagai Fiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tubuh berlumuran darah di dewan sekolah sekitar jam 5.50 petang.

    Mangsa, yang merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahan pada jam 5 petang.

    MENARIK:  Elyana Melawat Siti Bainun Di Penjara – ‘Dia Sangat Tenang & Makin Cantik!’

    Kehilangan mangsa mula disedari apabila seorang rakannya melihat sebuah motosikal masih berada di kawasan sekolah. Rakannya itu kemudian berkunjung ke rumah nenek Fiya untuk mendapatkan kepastian sama ada mangsa sudah pulang.

    Selepas dimaklumkan bahawa Fiya masih belum tiba di rumah, nenek mangsa bersama ibu saudaranya dan rakan berkenaan bergegas ke sekolah untuk mencarinya.

    Bagaimanapun, usaha tersebut membawa kepada penemuan tragis apabila rakan mangsa menemui Fiya terbaring di dalam dewan sekolah.

    Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan darah yang telah mengering pada tubuh mangsa, selain beberapa kesan lebam yang dipercayai berpunca daripada perbuatan dipukul.

    Polis kemudiannya menahan seorang pelajar lelaki yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

    Suspek telah ditahan reman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh tahanan remannya dijadualkan tamat hari ini.

    Sumber: Berita Harian

    The post Kes Bunuh Irene Sofiya, Rakan Sekelas Didakwa Hari Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah