27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Da’i Syed Mengaku Kurang Terima Tawaran Berlakon Selepas Kes Mahkamah – ‘Saya Digam?’

    Shopee Sale



    Da’i Syed

    Susulan nama terpalit isu mahkamah tahun lalu, pelakon dan pendakwah bebas, Da’i Syed mengakui sudah jarang menerima tawaran berlakon.

    Tiada tawaran berlakon

    Da’i Syed

    Bagaimanapun, Syed atau nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail bersyukur apabila diberi peluang untuk membuat kemunculan semula menerusi filem terbitan MIG iaitu Dajal.

    Alhamdulillah, filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun 2025. Sejujurnya, saya memang tiada tawaran kerja sebelum ini.

    Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih buat MIG dan pengarah kerana sudi memanggil saya. Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka.

    Syed berkongsi mengenai perkara itu di malam gala tayangan filem Dajal yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Berkongsi mengenai kehidupan, Syed berkata, dia kini lebih memberikan fokus dalam bidang bisnes bersama isteri, Hana Ismail.

    Walaupun tiada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri sedang giat jalankan bisnes tersebut.

    Meskipun Allah tidak memberikan rezeki di cabang ini (berlakon), Allah bagi di cabang lain. Namun, tangan saya masih terbuka untuk menerima rezeki dalam bidang seni.

    Saya masuk dalam industri ini dari tahun 2016 untuk sampaikan dakwah dalam nyanyian atau lakonan.

    Digam?

    Sementara itu, Syed turut menafikan namanya telah digam oleh pihak pengarah dan produser susulan kontroversi terpalit dirinya.

    Kalau orang takut, takkan MIG nak ambil saya. Saya pun tidak pasti digam atau tidak? Kena tanya kepada pengarah atau produser.

    Apapun, saya akan sentiasa bersikap profesional. Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya akan buat yang terbaik.

    Walaupun saya tidak menerima tawaran, tapi saya dapat tawaran daripada Allah untuk melihat anak saya membesar.

    Imbas kembali, pada Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen, Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Nafkah – ‘Tengok Anak Pun Tak, Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna’

    Bagaimanapun, Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed yang sudah meringkuk selama 21 hari di Penjara Kajang, dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

    Filem Dajal arahan Pierre Andre sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.

    Selain Syed, Dajal turut dibintangi Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah