Hampir sedekad hidup solo, penyanyi dangdut popular tanah air, Amelina, mendedahkan dirinya sering didekati lelaki berstatus suami orang yang cuba berkenalan dan mengetuk pintu hatinya.
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Indonesia Kembali Aman’ – Inul Daratista
Didekati suami orang

Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 51, memilih untuk berundur dan tidak membawa hubungan ke fasa lebih serius kerana enggan berdepan sebarang masalah pada kemudian hari.
Ada yang mendekati rupa-rupanya suami orang. Walaupun wajah hensem saya harus tarik ‘handbrake’ (berundur) sebab tidak mahu sebarang masalah di kemudian hari. Ada juga duda dan bujang yang cuba mendekati.
Mungkin juga mereka ‘approach’ saya tidak kena pada caranya dan tidak sampai di hati. Saya pula seorang yang manja.
Amelina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Inul Daratista Live in Malaysia ‘Millenial Dangdut Nusantara’, di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada Selasa.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Bulan Cinta itu menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima pasangan baharu, namun mengakui sudah selesa hidup bersendirian.
Saya tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima orang baharu, cumanya apabila sudah mula berkawan tiba-tiba perasaan itu hilang atau mungkin saya sudah terlalu selesa hidup solo.
Jadinya sekarang saya banyak menundukkan pandangan supaya tidak tergoda dengan mana-mana lelaki. Status terkini saya ‘single’.
Selepas ‘menghilang’ dan kembali semula dalam indsutri sejak 10 tahun lalu, saya terus fokus kepada anak-anak. Namun apabila mereka sudah dewasa, untuk saya memulakan semula hubungan rasa macam salah tingkah.
Saya ada juga timbul rasa rendah diri, nak mengorat pun tidak pandai. Walaupun anak-anak beri ‘green light’, tapi saya tidak terfikir sangat ke arah itu (berkahwin baharu).
Sepentas dengan Inul

Dalam pada itu, Amelina turut melahirkan keterujaan untuk beraksi di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 6 Disember depan, apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan penyanyi dangdut terkenal nusantara, Inul Daratista.
Inul ialah seorang penyanyi yang sangat terkenal, tidak hanya di Indonesia tetapi juga Malaysia. Apabila diberi peluang untuk berada satu pentas dengan Inul, memang tidak boleh dilepaskan.
Ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan dangdut Malaysia di mata orang luar. Kerana dangdut Indonesia dan Malaysia ada sedikit perbezaan.
Selain Amelina dan Inul, Konsert Inul Daratista Live in Malaysia: Millennial Dangdut Nusantara turut menampilkan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima. Tiket konsert boleh didapati di www.myticket.asia.
Imbas kembali, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, dan Putera Al’ Amzar.
The post Amelina Enggan Layan Suami Orang, Terus Cepat Tarik ‘Handbrake’ – ‘Saya Seorang Yang Manja’ first appeared on OHBULAN!.





