25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Ingin Bantu Gerai Yang Kelihatan Sepi, Tapi Bila Terdengar Kata-Kata Kasar Seperti Mencarut’ – Fedtri Yahya

    Shopee Sale

    Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, tampil memberikan teguran mengenai kepentingan menjaga akhlak, khususnya dalam kalangan peniaga yang perlu berinteraksi dengan pelanggan.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Mampu, Buat Cara Tak Mampu.. Ukur Baju Di Badan Sendiri’ – Fedtri Yahya

    Artikel Berkaitan: ‘Baju Kurung Direka Supaya Rasa Dikurung Oleh Adat & Syariat’ – Fedtri Yahya

    Niat ingin beri sokongan kecil

    Menerusi satu hantaran di Threads, Fedtri Yahya atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, menyatakan bahawa ada dalam kalangan kita yang berniat untuk membantu gerai yang kelihatan sepi sebagai tanda sokongan kecil kepada mereka.

    Kadangkala, kita mungkin ingin membantu gerai yang kelihatan sepi.

    Namun, sebaik sahaja tiba, kedengaran kata-kata kasar dan tidak menyenangkan seperti mencarut daripada peniaga.

    Akhlak

    Dalam hantaran yang sama, Fedtri turut menegaskan bahawa seorang mukmin bukanlah individu yang gemar mencela atau menggunakan bahasa yang tidak sopan dalam percakapan seharian.

    Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencela, melaknat dan berkata kotor.

    Ianya bukan sekadar aura, tetapi adalah akhlak.

    Mungkin pintu rezeki sudah dibuka luas, tetapi lidah kita sendiri yang menguncinya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Ibu Hamil 5 Bulan Dirogol Beramai-Ramai Sampai Mati, Mayat Dibuang Tepi Kolam Pancing

    The post ‘Kita Ingin Bantu Gerai Yang Kelihatan Sepi, Tapi Bila Terdengar Kata-Kata Kasar Seperti Mencarut’ – Fedtri Yahya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah