27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alvn Kongsi Pengalaman Gagal Bercinta Dalam ‘Between The Lines’ – ‘Tiada Satu Hubungan Istimewa Saya Yang Bertahan Lebih Setahun’

    Shopee Sale



    Alvin Chong

    Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk merealisasikan album bertajuk ‘Between The Lines’ akhirnya tercapai.

    ‘Rescue Me’

    Alvin Chong

    Pengenalan album tersebut dimulakan dengan sebuah lagu berjudul ‘Rescue Me’ yang digubah Hyuk Shin dan Seann Bowe bersama lirik nukilan Bowe serta Alvin sendiri.

    Alvin yang kini dikenali sebagai Alvn berkata, lagu ‘Rescue Me’ mengisahkan tentang kesedaran dalam hubungan cinta.

    Lagu ini berkisar tentang kesedaran bahawa cinta bukan untuk anda, terutamanya ketika melihat orang lain seperti rakan-rakan rapat anda jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.

    Ini kerana setiap kali anda cuba untuk menjalinkan hubungan, ia seakan-akan tidak bertahan lama. Secara peribadi, tiada satu pun hubungan istimewa saya yang lalu, yang bertahan lebih dari setahun.

    Ia biasanya bertahan sama ada tiga, empat atau enam bulan sahaja. Jadi, selepas beberapa pertemuan, saya mula mempersoalkan diri sendiri dan bertanya mengapa ia begitu sukar bagi kita tetapi begitu mudah bagi orang lain untuk mencari cinta. Itulah cerita dan inspirasi di sebalik lagu ini.

    Tambah Alvn, situasi dan gambaran pasangan sedang bercinta jelas digambarkan menerusi lirik lagunya, terutama dalam pra-korus dan korus.

    People just float by nobody stays, why is it always this way. Yang bermaksud, orang hanya berlalu pergi, tiada siapa yang kekal, mengapa ia selalu begini?

    Saya rasa anda akan mula merasa bahawa tidak kira apa yang anda lakukan atau apa cara yang anda cuba untuk mencari cinta atau merasai cinta, ia seakan mustahil.

    Oleh itu, saya rasa ramai orang boleh mengaitkan diri dengan lagu ini atau sekurang-kurangnya saya berharap ramai orang boleh merasai maksud lagu ini.

    Saya tahu ramai orang di sekitar saya yang masih bujang dan masih berjuang untuk mencari pasangan mereka, jadi saya yakin ramai orang boleh merasakan perkara yang sama seperti saya.

    ‘Between The Lines’

    Alvin Chong

    Bercerita mengenai pemilihan nama album, Alvn berkata, Between The Line’ akan membawa peminat mengenali sisi dirinya yang lebih baik.

    Saya menulis kebanyakan lagu dan ada sekitar lima lagu yang saya terlibat. Jika anda boleh mendengar ‘Between The Lines’ anda mungkin akan mengenali saya dengan lebih baik.

    Ini kerana dari lagu pertama hingga kelapan, lagu-lagu tersebut menceritakan kisah jatuh cinta untuk pertama kali.

    Kemudian jatuh cinta dengan rakan baik anda dan ingin bertemu mereka untuk satu malam lagi.

    Kemudian anda ingin melakukannya sekali lagi dan akhirnya mengalami masalah komunikasi sebelum akhirnya patah hati. Ia adalah satu perjalanan kitaran emosi.

    Alvn berkata, dia tidak memasang harapan tinggi untuk album tersebut kerana tujuannya hanya
    ingin memperkenalkan muziknya kepada peminat.

    MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Menangis Alami Keguguran – ‘Saya Memang Nak Anak Lelaki’

    ‘Between The Lines’ telah dilancarkan di semua platform media digital bermula 16 Ogos lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah