30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasha Abdul Aziz Menangis Alami Keguguran – ‘Saya Memang Nak Anak Lelaki’

    Shopee Sale



    sasha gugur

    Hasrat pempengaruh media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz ingin menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan mengalami silent miscarriage atau keguguran terlepas, pada Khamis.

    Tak ada heartbeat

    sasha keguguran 2

    Menerusi siaran langsung di TikTok, Sasha yang tidak dapat menahan tangisan menyatakan dia mengalami keguguran ketika kandungannya di usia 12 minggu.

    Cerita Sasha, ketika dia menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac lalu, dia berdoa di depan kaabah untuk dikurniakan seorang anak lelaki.

    Saya memang nak anak lelaki. Saya doa depan kaabah, ‘Ya Allah, saya nak anak lelaki. Kau kurniakanlah aku anak yang sihat dan anak lelaki.’

    Saya memang suka beranak. Saya pergi first appoinment baby check up pada bulan April.. nampak la katung. Hari ini saya dah teruja pakai cantik-cantik nak ambil darah.

    Saya pergi hospital baby tak ada heartbeat. Tapi saya tak ada bleeding (pendarahan). Doktor panggil silent miscarriage.

    Tipu la saya tak sedih. Tak ada rezeki saya.

    Cuba tahun depan

    sasha keguguran

    Ditanya mengenai respon Daily Doseof Liu, Sasha bersyukur dikurniakan suami yang berfikiran positif.

    Suami saya cakap saya kena bersyukur sebab dah ada dua orang anak. Dia cakap boleh cuba lagi.

    Dalam pada itu, Sasha berkata dia reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah SWT.

    MENARIK:  Viral: Kakak Menyokong Emma & Chacha Maembong dengan Lagu 'Kau Tak Ada Buat Salah Apa-Apa'

    Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama Daily Doseof Liu yang dipercayai berasal dari Australia. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah