29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alvin Chong Terlalu ‘Jambu’, Sukar Dapat Watak Aksi & Antagonis – ‘Saya Sampai Berjemur Di Pantai Untuk Gelapkan Kulit’

    Shopee Sale



    Memiliki wajah ‘jambu’ membuatkan pelakon kacak Alvin Chong sukar untuk mempelbagaikan genre lakonannya.

    Wajah ‘jambu’

    Alvin Chong

    Ketika ditemui , Alvin atau nama lengkapnya Alvin Chong Chean Wah berkata, dia pernah mencuba untuk membawa watak berbeza namun ditolak oleh pihak produksi.

    Saya pernah pergi casting untuk watak aksi dan antagonis tetapi produksi kata muka saya terlalu baik.

    Menurut aktor berusia 34 tahun tersebut, dia juga jarang mendapat tawaran sebagai pelakon utama selain untuk naskah bergenre romantik.

    Susah untuk pelakon berbangsa Cina dapat memainkan peranan utama terutamanya genre aksi dan watak jahat.

    Saya selalu dapat naskhah yang bergenre cinta dan romantik komedi kerana wajah saya yang dikatakan terlalu ‘jambu’.

    Alvin berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama pendek Tiada Seperti Leyla yang berlangsung di restoran Reuma Cafe Cheras pada Isnin.

    Cuba genre baru

    Alvin Chong

    Berikutan memiliki tona kulit cerah, Alvin malah bertindak menggelapkan kulitnya secara semula jadi.

    MENARIK:  Diana Danielle Tak Letak Harapan Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM33 – ‘Ada Yang Lebih Layak, Saya Mahu Figura Itu Naik Pentas’

    Dalam masa yang sama, Alvin turut menghadiri ke kelas Muay Thai sebagai persiapan diri bagi mencuba watak aksi.

    Bagi saya, sebab itulah saya perlu cuba juga genre lain supaya saya boleh belajar lagi. Takkan saya mahu pergi buat muka pula. Saya sampai pergi ke pantai untuk berjemur gelapkan kulit sikit supaya nampak jantan sikit.

    Saya pergi ke kelas tersebut kerana mahu ambil momentum dahulu supaya ada produksi sedar akan kebolehan saya untuk melakukan aksi. Saya harap suatu hari nanti ada rezeki saya untuk berlakon filem yang selain dari genre cinta.

    Dalam perkembangan lain, Alvin membintangi drama tersebut yang merupakan gandingan sulungnya bersama aktres, Rita Nadira.

    Drama Tiada Seperti Leyla sudah mula ditayangkan di aplikasi Viu bermula 7 April.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah