31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allah Dah Bagi Rezeki Yang Sebegini, Jadi Diri Sendiri! Sentiasa Merendah Diri & Jangan Sombong’ – Isteri Aepul Roza

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, penyanyi Aepul Roza merupakan juara The Hardest Singing Show (THSS) musim pertama.

    Di Instagram, isteri Aepul iaitu Leez Rosli memberi ucapan dan pesanan istimewa buat suaminya bersempena kemenangan yang diraih, Ahad lalu.

    Jangan lupa diri

    Menurut Leez, dia berharap suaminya tidak mendabik dada dan berbangga diri dengan kejayaan yang dimiliki. Tambah Leez, dia mahu Aepul sentiasa merendah diri. Sebagai isteri, Leez berkata, dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya itu.

    Mungkin ini kejayaan yang kecil bagi sesetengah orang, tapi ini merupakan the hardest moment yang saya dan pasukan takkan lupakan. Allah dah bagi rezeki sebegini, jadi diri sendiri dan sentiasa merendah diri, jangan sombong. Kalau sombong dengan perempuan lain tak apa, jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu.

    Jangan lupa diri, saya sentiasa ada di belakang awak dan mendoakan yang terbaik buat awak!

    Disoal mengenai persembahan suami secara menyeluruh, Leez meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana segala urusan yang dirancang dipermudahkan Allah SWT.

    Ujar Leez, suaminya hampir terjatuh daripada aksi bermain drum secara terbalik 90 darjah ketika sesi latihan.

    Allah permudahkan semua urusan, setiap pergerakan atas pentas dari Aepul, penari, Dramaband, kostum dan prop semua tersusun cantik.

    Hidraulik drum tu paling risau sebab masa rehearsal drum tu naik 90 darjah tiba-tiba kerusi patah dan tercabut. Nasib baik Aepul sempat tahan pakai kaki, kalau tak penyek muka lakiku.

    Di akhir posting, Leez sempat berseloroh meminta upah daripada suaminya selepas menjadi cameo di dalam persembahan konsert minggu keempat.

    Suamiku, ada hadiah besar untuk isterimu kan? Penat tau saya menyorok belakang platform sepanjang persembahan ilusi LED hari tu, keluar tv tak sampai seminit pun.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Dedah Asbab Bertudung, Nekad Jaga Air Muka Anak Lelaki – ‘Bila Dia Masuk Sekolah Agama, Saya Rasa Kesian’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah