
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mendedahkan menerima tawaran pelantikan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) sebuah syarikat.
CEO Syarikat

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memuat naik surat tawaran yang diterima daripada syarikat terbabit.
Dalam surat berkenaan, turut tertera gaji yang bakal diterima iaitu mencecah enam angka dan tarikh mula menyandang jawatan berkenaan adalah pada 15 Februari 2025.
Mengakui berat hati untuk menerima tawaran itu, Aliff bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci syarikat terbabit.
Patut ke saya terima offer ini? Nak atau tidak ya? Nanti staff terkejut dengan makian saya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong Aliff dan menyarankannya menerima jawatan berkenaan.
Kata wargamaya, mereka percaya dengan kredibiliti yang ada pada bapa kepada enam cahaya mata itu dalam mengurus syarikat.
Namun, tidak kurang juga yang mendakwa tawaran tersebut tidak wujud dan Aliff sengaja membuat konten.





