
Mengakui masih kekok, namun pelakon tampan, Syafiq Kyle mendedahkan dirinya berasa seronok dapat beraya buat kali pertama sebagai suami di kampung halaman isteri, Mimi Lana.
‘Excited’ beraya di kampung Mimi
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Syafiq atau nama lengkapnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia juga berasa sangat teruja kerana dapat mengenali keluarga besar Mimi sepanjang berada di Taiping, Perak.
Raya ketiga sudah ke kampung Mimi. Biasalah tahun pertama ada rasa kekok sikit tetapi saya gembira beraya di kampung. Persiapan kami pun sederhana, tiada perancangan lain atau buat apa-apa pun selain beraya di rumah saya dan dia.
Saya rasa yang manisnya apabila dapat balik kampung berdua walaupun raya ketiga, bahkan lebih seronok bila tengok dia beraya dengan keluarga.
Tahun pertama dapat beraya bersama keluarga besar isteri, saya kenal semua anak buah serta bapa saudaranya, menarik.
Syafiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem ‘Blood Brothers Bara Naga’ bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Mimi masak daging dendeng

Sedar ramai yang cemburu melihat kemesraan yang ditonjolkan bersama Mimi pada hari raya, pelakon filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ ini memaklumkan tidak ambil hati dan menganggap perkara tersebut sebagai satu bentuk gurauan daripada peminat.
Saya tak terkejut sebab dekat dunia ini memang ada yang cemburu tetapi nak buat macam mana, doakanlah.
Cemburu pun tak seronok juga tetapi yang cakap itu mesti bergurau sebab mereka pun peminat Mimi juga.
Mereka suka apa yang mereka lihat, lebih kepada teruja tengok dan komen. Saya tidak ambil hati.
Berkongsi lanjut mengenai sambutan Aidilfitri, Syafiq berkongsi bahawa Mimi menyajikan daging dendeng sebagai juadah hari raya sewaktu pertama kali menyambut Syawal bersama-sama.
Dia masak daging dendeng resipi mak dia tetapi tak masak banyak pun sebab kami berdua sahaja.
Jadi, semasa raya kedua dah habis. Memang sikit sangat.
Imbas kembali, Syafiq dan Mimi mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.





