27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ali Sariah Demam & Batuk Menjelang AJL38 – Perasaan Gementar Menjelang Saingan AJL38

    Shopee Sale



    Vokalis kumpulan Masdo iaitu Ali Sariah memberitahu dia mengalami demam dan batuk sejak Sabtu lalu.

    Doa segera sembuh

    Menerusi laporan Harian Metro, Ali berkata, dia sudah boleh merasakan bahawa hal sepeti itu akan terjadi. Oleh sebab itu, dia berharap semuanya dipermudahkan memandangkan mereka hanya ada dua hari sahaja lagi untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38.

    Jujur saya agak gementar sekarang ini sebab tinggal beberapa hari saja lagi. Saya sudah menjangkakan hal seperti ini walaupun sudah sedaya upaya  jaga kesihatan diri menjelang AJL38 tapi itulah kita hanya mampu merancang.

    Saya sudah mengalami demam dan batuk sebelum konsert jelajah di Manchester pada 25 Februari lalu. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya pun sudah dapatkan rawatan dan makan ubat. Doakan saya segera sembuh.

    Disoal mengenai lagu ‘Inilah Jalannya’ ciptaan Masdo dan Noh Salleh diramalkan sebagai juara AJL38, Ali menganggap segala yang dihajati sebagai doa.

    Kami anggap semua itu doa. Apa yang paling penting fokus kami pada malam itu dan cuba buat persembahan sehabis baik serta memeriahkan suasana.

    Tambah Ali, mereka akan cuba memberikan persembahan terbaik dan paling ikonik dalam sejarah.

    MENARIK:  Siti Nordiana Nafi Sudah Berkahwin, Selesa Jalani Hidup Ibu Tunggal – ‘Kalau Jodoh Datang Pada Usia 50 Tahun, Saya Terima’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah