31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aleeya Zailan Dedah Hampir Batal Kahwin, Bigboss Kantoi Menggatal – ‘Dia Sanggup Jemput Pramugari’

    Shopee Sale

    Aleeya Zailan Dedah Hampir Batal Kahwin, Bigboss Kantoi Menggatal – ‘Dia Sanggup Jemput Pramugari’ @Shahrin

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan mendedahkan hampir membatalkan majlis perkahwinannya dengan suami, Azri Aziz.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Bayar Gaji Pekerja Di Rumah Lebih RM40k Sebulan? – ‘Tak Cukup’

    Suami menggatal

    Sebulan sahaja lagi menuju hari bahagia, Aleeya memberitahu hubungannya hampir terlerai disebabkan suami kantoi menggatal dengan perempuan lain.

    Berkongsi mengenai cerita tersebut, usahawan itu berkata, segalanya terbongkar selepas suami terlibat dalam satu kemalangan.

    Lagi sebulan nak kahwin, dia (suami) boleh menggatal dengan perempuan lain, dia playboy. Waktu itu dia baru habiskan pengajian Master dan dapat kelas pertama. Ayahnya beri hadiah kereta GTR.

    Ketika itu kereta tersebut merupakan yang pertama masuk Malaysia, ramai pramugari-pramugari yang tergedik-gedik nak dekat dengan dia, nak naik GTR.

    Dia sanggup dari KL pergi KLIA nak jemput seorang pramugari. Ketika itu pula darah manis sebab nak kahwin. Dalam menuju ke KLIA, cuaca pula hujan. Dia bawa laju dan kemalangan.

    Mengakui rasa marah menguasai diri ketika itu, Aleeya berkata dia tidak dapat mengawal emosinya lantas membuat keputusan untuk membatalkan majlis.

    Waktu itu, saya masih di New Zealand. Tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada dia kata kemalangan. Saya terkejut dan cemas. Kereta yang baru dapat itu ‘total lost’.

    Saya sendiri tak sempat naik lagi kereta itu, tapi dia dah menggatal nak bawa ‘betina’ lain naik kereta itu. Bila dia bagitahu ‘otw’ ke KLIA sebab nak ambil perempuan, terus saya letak telefon. Daripada kesian, rasa nak tampar dia.

    Kongsi Aleeya lagi, dia juga terus menghubungi bapanya mengenai hasrat untuk tidak berkahwin biarpun segala persiapan sudah dibuat.

    Saya ketika itu sangat marah, saya hantar mesej dekat dia cakap tak nak kahwin. Saya telefon ayah beritahu tak jadi kahwin.

    Padahal pada waktu itu, semua persiapan sudah dibuat. Dewan dah sewa, dah tempah macam-macam dan kad jemputan pun sudah diedar.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  Nora Danish dan Elisya Sandha Berjaya Menurunkan Berat Badan!

    The post Aleeya Zailan Dedah Hampir Batal Kahwin, Bigboss Kantoi Menggatal – ‘Dia Sanggup Jemput Pramugari’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah