Gara-gara suka berkongsi penulisan tentang dakwah, seorang individu menerima mesej daripada pelakon dan penyanyi, Amira Othman di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Bertubi-Tubi, Fattah Amin & Amira Othman Tegur Haters – ‘Tak Suka Jangan Tengok, Kau Kenapa Nyah?’
Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’
Terima DM

Menerusi komen di Threads, individu tersebut memuat naik tangkap layar memaparkan pelantun lagu Hati-Hati itu memuji penulisan dakwahnya.
Pada mesej tersebut, Amira berkata dia seronok membaca penulisan tersebut yang mengingatkannya tentang akhirat.
Salam dear, suka dan seronok baca story awak. Buat saya teringat tentang alam yang kekal dan akhirat.
Boleh saya tahu cik daripada mana? Sebab saya nak baca lebih lanjut lagi. Seronok sangat yang tentang dosa dengan suami dan azab neraka tu.
Komen netizen


Komen tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-rata memuji sifat baik yang dimiliki Amira yang juga isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin.
Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan syafaat dan perlindungan daripada yang Maha Esa.
Sumber: Threads
The post Individu Kongsi Terima DM Pujian Daripada Amira Othman Kerana ‘Sharing’ Pasal Dakwah – ‘Buat Saya Teringat Alam Akhirat’ first appeared on OHBULAN!.





