25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alami Sesak Nafas & Muntah, Ayu Damit Dikejarkan Ke Hospital – ‘Doktor Sahkan Ada Batu Dalam Hempedu’

    Shopee Sale

    Penyanyi Ayu Damit dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas sekitar jam 3 pagi pada Rabu.

    Ayu Damit masuk hospital, sesak nafas

    Pemilik nama Norayu Damit berkata, pada awalnya dia mengalami sesak nafas dan suaminya cuba membantu dengan menyapu minyak pada dadanya. Bagaimanapun, keadaannya semakin teruk apabila mula loya dan muntah. 

    Pukul 3 pagi saya sesak nafas. Suami saya letak minyak, kemudian saya tidur balik.

    Lepas itu lebih kurang pukul 6 pagi saya terjaga semula sebab rasa loya dan muntah. Pukul 3 tadi pun saya muntah, kemudian pukul 6 saya muntah lagi.

    Susulan itu, Ayu dibawa ke Pantai Hospital Cheras bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan awal, doktor mengesahkan Ayu berdepan masalah batu dalam hempedu.

    Doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Saya memang ada fibroid sebelum ini dan fibroid itu pun memberi kesan kepada sakit perut saya.

    Cuma untuk sesak nafas itu, doktor masih dalam pemeriksaan. Mereka akan beritahu kemudian apa sebenarnya yang menyebabkan saya sesak nafas.

    Juara program realiti One In A Milion (OIAM) musim kedua itu berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai keadaan kesihatannya sebaliknya mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

    MENARIK:  Wanita Kongsi Bapa Duduk Sebelah Tomok Dalam Penerbangan Haji – ‘Umi Kata Dia Baik Layan Abah Berborak’

    The post Alami Sesak Nafas & Muntah, Ayu Damit Dikejarkan Ke Hospital – ‘Doktor Sahkan Ada Batu Dalam Hempedu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah