32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Al Ghazali Sah Milik Alyssa Daguise Dengan Satu Lafaz

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia Al Ghazali telah selamat bergelar suami kepada model dan juga pempengaruh Alyssa Daguise pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Majlis Bersiram Anak Sulung Satukan Ahmad Dhani, Maia Estianty & Mulan Jameela

    Artikel Berkaitan: ‘Rasa Mahu Meninggal Saat Itu..’ – Kisah Hijrah Makhluk Paling Seksi Mulan Jameela

    Akad nikah

    View this post on Instagram

    A post shared by The Als'' Family ❤️‍🔥 (Fansbase Alyssa Alghazali) (@alalyssa_fc)

    Menerusi perkongsian di Instagram, anak kepada komposer terkenal Ahmad Dhani itu sah disatukan dengan isterinya hanya dengan sekali lafaz.

    Alysaa pada majlis tersebut menerima 16.6 gram logam mulia (logam-logam yang bernilai tinggi) serta wang tunai sebanyak 2025 euro.

    Saya terima nikah dan kawinnya Alyssa Paramitha Daguise dengan mas kawin tersebut dibayar tunai.

    Busana Tradisional

    Majlis tersebut turut diraikan bersama adik beradik kepada Al iaitu El Rumi dan Dul Jaelani yang di dampingi oleh ibunya Maia Estianty. Turut kelihatan ibu tiri mereka, Mulan Jameela.

    MENARIK:  Lee Je Hoon Temui Peminat Di Malaysia Pada April Ini, Tiket Dijual Bermula 25 Februari

    Pasangan berkenaan kelihatan manis dengan busana tradisional Sunda berwarna putih, manakala keluarga mereka mengenakan pakaian seragam berwarna hijau.

    Difahamkan hari bahagia pasangan mempelai itu berlangsung penuh privasi di The St. Regis Jakarta Selatan, Indonesia.

    Terdahulu, Al dan Alysaa turut melangsungkan majlis pengajian dan siraman sebelum majlis ijab dan kabul dilaksanakan.

    Sumber: Instagram & Insert Live

    The post Al Ghazali Sah Milik Alyssa Daguise Dengan Satu Lafaz first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah