26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: Kelly Azman Rai 10 Karya Hebat, ‘Cover’ Semua Lagu Finalis Dalam ‘Showcase’ Istimewa – ‘Saya Menyanyi Live’

    Shopee Sale



    Kelly Azman

    Menyemarakkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), selebriti versatil, Kelly Azman tampil dengan sebuah muzik video istimewa menyaksikan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ secara medley 10 buah karya finalis yang bakal bersaing pada 16 Februari ini.

    10 persalinan

    Kelly Azman

    Kelly atau nama sebenar Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, dia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk menyiapkan projek tersebut yang diberi nama ‘AJL39 Showcase – Kelly Azman’.

    Katanya, dia juga menggunakan khidmat juruvideo profesional dan menggayakan 10 pasang persalinan berbeza.

    Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk buat persiapan termasuk dari segi konsep dan juga baju yang mana menggunakan 10 persalinan.

    Saya juga menggunakan juruvideo profesional untuk muzik video tersebut dan paling penting saya menyanyi ‘live recording’.

    Raikan karya hebat

    Ditanya mengenai inisiatif sendiri untuk menyiapkan muzik video tersebut, pelantun lagu ‘No No No’ itu menjawab dia mahu meraikan 10 buah karya yang berjaya melangkah ke AJL39.

    Kenapa saya ada ‘effort’ sendiri untuk buat kerana mahu meraikan dan menghargai 10 buah karya yang akan bersaing di AJL39.

    Lagu-lagu yang dipertaruhkan mempunyai kualiti masing-masing. Kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu meraikan semua finalis ini.

    Saya mahu menghiburkan netizen terutama yang meminati acara kemuncak AJL39 nanti.

    Dalam pada itu, Kelly menyedari muzik video yang kini sudah dimuat naik di YouTube mendapat kecaman netizen, namun tidak mengambil hati.

    MENARIK:  ‘Selepas Permohonan Cerai, Fattah Amin Tak Ada Hubungi Saya’ – Pengurus Fazura

    Saksikan AJL39 yang bakal bersiaran langsung pada 16 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.

    Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di  www.wowtix.com.my.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah