32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Zarina Akui Sering Fikir Soal Kematian – ‘Saya Rasa Tak Hidup Lama’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Sharifah Zarina mengakui sering berfikir soal kematian dan mendakwa hayat kehidupannya di atas dunia ini tidak lama.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Gembira Anak Dapat 8A, Keputusan Tukar Sekolah Dalam Masa Tiga Hari Tindakan Betul – ‘Dia Diejek Oleh Guru Sebab Aktif’

    Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Syak Barang Hilang Lepas ‘Open House’, Serba Salah Tanya Pembantu Rumah – ‘Tak Sanggup Dengar Jawapan Tak Jujur’

    Tak hidup lama

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, berkata perasan itu membuatkan dirinya memilih untuk tidak lagi terlalu mengejar hal-hal dunia.

    Saya kerap juga pergi umrah dan haji sebelum ini, mungkin Allah sudah nampak usaha saya dan rasa saya sudah bersedia.

    Saya selalu terfikir mungkin umur saya ni tidak panjang mana pun tu yang Allah selalu panggil saya untuk pergi mengerjakan umrah dan haji.

    Saya selalu cakap dengan orang, saya rasa saya tak hidup lama.

    Kadang-kadang orang tanya kenapa cakap macam tu. Tak tahulah tapi ada rasa sendiri.

    Sebab tu saya dah tak kejar dunia dah. Saya tak tahu macam mana nak cakap.

    Zarina berkata demikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama terbaharunya Wish List.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ikut Sunnah, Tidur Mengiring Ke Kanan Dapat Pahala & Tak Nyanyuk’ – Fadzilah Kamsah

    Dalam pada itu, Zarina turut mengakui kehidupannya kini lebih tenang apabila dia tidak lagi mengejar kemewahan dunia mahupun bersaing untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

    Ketenangan itu luar biasa sebenarnya. Bukan nak cakap, ada duit boleh pergi semua. Ada masa saya terfikir cukup atau tidak duit nak pergi sana (Mekah) tapi Allah izinkan.

    Saya sudah tidak mengejar dunia sangat. Bagi saya sudah tiada apa dan media sosial pun saya dah jarang buat perkongsian.

    Saya sudah tidak hairan sangat, sudah tiada apa yang nak dikejar atau tunjuk dekat orang. Saya lebih rileks sahaja.

    Dalam perkembangan lain, Zarina muncul dalam drama berjudul Wish List arahan Michael Ang.

    Selain Zarina, drama ini turut dibintangi oleh Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Ramona Zamzam, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.

    The post Sharifah Zarina Akui Sering Fikir Soal Kematian – ‘Saya Rasa Tak Hidup Lama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah