Suami kepada Allahyarham pelakon Nadia Kesuma iaitu Muhammad Kamarul Kabilan menzahirkan rasa pilu terhadap pemergian isterinya yang telah kembali ke rahmatullah.
Artikel Berkaitan: Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Akibat Sakit Jantung
‘Aku mencintamu’

Menerusi hantaran di Facebook, Kamarul bersyukur diberi kekuatan untuk mengiringi Allahyarham ke destinasi terakhir, selain menyifatkan arwah sebagai seorang isteri yang taat dan penyayang.
Semoga Allah mengurniakan keampunan buatnya. Wahai isteriku, aku akan sentiasa merindui dirimu. Aku bersyukur kerana dapat mengiringimu ke destinasi terakhirmu. Aku mencintaimu.
Insya-Allah, semoga kita akan bertemu lagi, mudah-mudahan di Jannah. Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia.
Dalam hantaran sama, Kamarul turut memanjatkan doa agar Allah SWT menerima amal ibadah Allahyarham sepanjang hayatnya.
Ya Allah, Engkau telah menjanjikan syurga buat isteri yang taat kepada suaminya dan mereka boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka kehendaki. Sesungguhnya dia milik-Mu, ya Allah. Maka sempurnakanlah janji-Mu.
Terdahulu, kehilangan pelakon Nadia Kesuma, 50, akhirnya terjawab apabila dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung.
Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Menurut agensi Nuh Travel, Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan salah seorang jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.
Sumber: Facebook
The post Suami Sifatkan Arwah Nadia Kesuma Sebagai Isteri Taat & Setia – ‘Akan Merinduimu, Semoga Bertemu Di Jannah’ first appeared on OHBULAN!.





