29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rico Rinaldi Kecewa Calon Temu Duga Tak Hadir – ‘Dia Beritahu Dia Baru Bangun’

    Shopee Sale

    Pereka fesyen, Rico Rinaldi meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang dengan sengaja tidak menghadiri ke sesi temu duga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’

    Artikel Berkaitan: ‘Pekerja Yang Mengular, Sila Berhenti Kerja’

    Beri alasan

    Menerusi hantaran di Threads, Rico berkata individu berkenaan memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sesi temu duga kerana baru sahaja bangun dari tidur.

    Dalam hantaran yang sama, Rico turut memuat naik mesej yang dihantar oleh calon temu duga tersebut di aplikasi WhatsApp.

    Aku menahan diri dari kongsi benda ini, tapi mahu juga sebab geram.

    Calon ini patut datang temu duga tapi dia beritahu dia baru bangun. Itu pun selepas kami follow up dia kerana kami tunggu lama.

    Manalah tahu kalau dia nak tanya sebab tersesat jalan, tak jumpa bangunan atau dalam masih dalam trafik yang teruk. Tetapi jawapan yang kami dapat ‘ I just woke up’.

    Kalau saya dapat panggilan temu duga, saya akan datang awal, kunci jam, iron baju dan semak lokasi.

    Saya tak salahkan seluruh generasi ini tetapi inilah realiti.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kecewa dengan individu tersebut yang disifatkan tidak berdisiplin terhadap bakal majikannya.

    MENARIK:  Jiran Melaporkan Niat Untuk Tanam Mayat Anak di Belakang Rumah Terbantut Kepada Polis

    Sumber: Threads

    The post Rico Rinaldi Kecewa Calon Temu Duga Tak Hadir – ‘Dia Beritahu Dia Baru Bangun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah