28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afifah Nasir Syukur Dikurniakan Ibu Yang Hebat, Tak Pernah Meminta Pada Anak-Anak– ‘Mama Malu Nak Susahkan Walaupun Kami Mampu’

    Shopee Sale



    Pelakon Afifah Nasir bersyukur dikurniakan seorang ibu yang tidak pernah menyusahkan anak-anak daripada segi kewangan.

    Ibu dari syurga

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Afifah dilihat membawa ibu tercinta membeli baju raya sebagai persiapan di pagi Syawal.

    Menurut Afifah, ibunya tidak akan meminta pada anak-anak walaupun mereka berkemampuan untuk memberi.

    Saya dengar banyak cerita tentang ibu-ibu yang meminta anak duit atau hadiah.

    Tapi Mama tidak pernah buat begitu, walaupun sekali.

    Bila saya cuba bagi Mama duit, mesti ada dalam handbag saya balik.

    Kalau saya paksa ambil, esoknya mesti Mama belikan saya hadiah atau Hariz guna duit yang diberi itu.

    Dalam pada itu, Afifah berharap agar dapat menjadi ibu yang hebat sepertinya ibunya.

    MENARIK:  KPM Keluarkan Takwim Cuti Sekolah 2026

    Selain itu, kakak kepada pelakon berusia 32 tahun iaitu Anzalna Nasir turut mengagumi ibu mereka yang sering memudahkan urusan anak-anak.

    Mama seorang yang tak suka menyusahkan, jauh sekali nak meminta apa-apa dari kami.

    Semoga Allah sentiasa melindungi dan panjangkan usia Mama.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah