28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Roslan Shah Dedah Sebab Pakai Lampin Ketika Aktiviti Paranormal – ‘Kalau Terkejut Atau Disergah, Saya Akan Terberak’

    Shopee Sale

    Meskipun kedengaran melucukan, pengacara popular asal Singapura, Roslan Shah mengakui dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk memakai lampin setiap kali terbabit dalam aktiviti paranormal.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Roslan Shah Tutup DSV Dengan Plastik Hitam Bikin Netizen Berdekah – ‘Tak Jadi Nak Takut, Sakit Perut Gelak’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Cik Lan Geli Azlee Senario Peluk Dari Belakang – ‘Nak Kahwin Dengan Datuk Seri Vida Kena Straight’

    Mudah terkencing, terberak

    Roslan atau mesra disapa Cik Lan, 53, berkata, dirinya mudah terkencing atau membuang air besar apabila berada dalam keadaan terkejut atau disergah secara tiba-tiba.

    Ini realiti, kadang kala kalau orang terkejutkan atau sergah, saya akan terkentut dan terberak. Sumpah saya tidak tipu.

    Saya pakai saiz yang besar, pampers saiz XXL. Kalau buat ‘night walk’ saya akan pakai. Macam episod dengan Azlee Senario saya pakai sebab takut terkencing.

    Alhamdulillah, episod Azlee tak terkencing, cuma episod dengan Sajat saya terkencing. Saya memang tidak tahan.

    Cik Lan berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast Sembang Seram yang dihoskan oleh Safwan Nazri.

    MENARIK:  Fasha Sandha Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-40 – ‘Mama Besarkan Kami Adik-Beradik Tanpa Figura Seorang Ayah’

    Tambah Cik Lan, episod bersama Ustaz Ebit Lew agak memalukan kerana ketika itu dia tidak memakai lampin, menyebabkan terpaksa mengalas kain dalam kereta.

    Yang episod dengan Ustaz Ebit Lew, saya terberak, tercirit terkeluar taik sikit. Masa balik, saya terpaksa alas kain dalam kereta Ustaz Ebit. Ketika itu saya tak pakai pampers.

    Dalam pada itu, Cik Lan turut berkongsi tabiatnya yang hanya selesa menggunakan tandas cangkung berbanding tandas duduk.

    Saya tak reti berak duduk, mesti kena cangkung. Kadang kalau dapat tandas duduk, saya akan cangkung di atasnya. Saya geli nak duduk jamban duduk.

    Saya akan pilih jamban cangkung walau macam mana pun. Kadang sampai mengigil lutut cangkung atas jamban.

    Sumber: TikTok

    The post Roslan Shah Dedah Sebab Pakai Lampin Ketika Aktiviti Paranormal – ‘Kalau Terkejut Atau Disergah, Saya Akan Terberak’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah