30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afieq Shazwan Rancang Kahwin Dua Tahun Lagi, Rahsiakan Identiti Bakal Isteri – ‘Sekarang Fokus Pada Kerjaya’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

    Afieq Shazwan kahwin Ogos 2028?

    Ketika ditemui , Afieq atau nama lengkapnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 29, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya.

    Tapi perancangan tu dua tahun lagi, pada 28 ogos 2028. Kalau sudah bersedia nanti, kami akan umumkan.

    Kadang-kadang bila kita expose sangat ni, kita tak tahu mungkin boleh menyebabkan gaduh, sampai tak nak bersemuka, tak nak berjumpa. 

    Afieq berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan Iqiyi Original iaitu Sekali Lagi Bahagia, di Kuala Lumpur pada Selasa.

    Afieq berkata, buat masa ini mereka masih memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

    Saya tak tahu siapa bakal pasangan saya. Jadi sekarang ni lebih kepada fokus pada kerjaya masing-masing. 

    Biar sama-sama kerja dulu dan saya pun tak menghalang sekiranya dia (pasangan) untuk capai apa yang dia mahukan.

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Kepak Kepuk ini berkata dia juga mahu memastikan dirinya benar-benar bersedia sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

    Bila dah bersedia untuk kahwin, banyak aspek untuk buat persediaan. Sebenarnya bahaya kalau tamatkan zaman bujang sebab tanggungjawabnya besar.

    Saya pun tak nak abaikan keluarga saya yang ada sekarang.

    Sebelum ini, Afieq pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Wani Kayrie ketika menyertai program Big Stage 2018.

    MENARIK:  Isu Viral: Angin Ruhainies Didakwa Telah Menikah? Dokumen Perniagaan Di London tersebar

    Sejak itu gosip percintaan mereka hangat diperkatakan malah saling membalas perasaan melalui lagu mereka.

    The post Afieq Shazwan Rancang Kahwin Dua Tahun Lagi, Rahsiakan Identiti Bakal Isteri – ‘Sekarang Fokus Pada Kerjaya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah