Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berkongsi kos yang dibelanjakannya semasa melangsungkan perkahwinan bersama isteri, Wawa Zainal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Konsisten Tunai Zakat RM1 Juta Selama Tiga Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pupuk Minat Bisnes Dalam Diri Anak – ‘Ia Takkan Jadi Dengan Tiba-Tiba’
Kos perkahwinan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 37, berkata, dia hanya membelanjakan wang sebanyak RM5,500 untuk perkahwinannya.
RM 5,000 untuk hantaran.
RM500 untuk doa selamat.
Netizen kagum



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pelakon filem Klepet itu kerana mengeluarkan kos yang sederhana namun perkahwinan mereka bahagia sehingga ke hari ini.
Bukan itu sahaja, warganet turut memuji Aeril yang disifatkan sebagai seorang lelaki bertanggungjawab kerana mampu menjaga Wawa dengan baik sehingga mereka menjadi insan yang berjaya.
Sekadar info, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Sumber: Threads
The post Aeril Zafrel Kongsi Kos Perkahwinan RM5,500, Netizen Komen – ‘Bukti Kahwin Simple Tapi Sekarang Hidup Berjaya’ first appeared on OHBULAN!.





