26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aeril Zafrel Dedah Wajah Pekerja yang Pecah Amanah Selepas Berang Stok Barangan Dicuri – ‘Ada Yang Kenal Ke Mamat Ni?’

    Shopee Sale



    Pelakon Aeril Zafrel dilihat tidak dapat menahan kemarahannya terhadap seorang lelaki yang dipercayai pekerja di syarikatnya yang didakwa telah melakukan pecah amanah.

    Dedah wajah pekerja

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan lelaki tersebut yang dilihat mengambil kotak stok barangan syarikatnya tanpa kebenaran.

    Dapat dilihat, lelaki berkenaan masuk ke dalam gudang stor tempat penyimpanan barangan milik Wawa Beauty sambil menjeling ke arah CCTV sebelum membawa lari sebuah kotak.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘7 Petala Cinta’ itu juga memuat naik gambar pekerja tersebut sambil memaklumkan dirinya sedang menjejaki lelaki berkenaan selepas gagal dihubungi.

    Ada yang kenal ke mamat ni? Kes staff pecah amanah dan bawa lari stok.

    Dari semalam call dan Whatsapp tapi tidak di balas.

    Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang dilihat mengecam tindakan pekerja kepada Aeril itu.

    MENARIK:  Pemuda Asal Kedah Berhasrat Hadiahkan Ibu Kaki Palsu Jika Menang Calpis Soda OIAM – ‘Saya Mahu Ubah Hidup Insan Syurga Ini’

    Mereka berpendapat, sekiranya benar dakwaan mengatakan dia mencuri, adalah tidak wajar sebagai seorang pekerja untuk melakukan perbuatan pecah amanah.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah