31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tujuh Penyanyi Kelahiran Sabah Dihimpukan Dalam Sebuah Konsert Istimewa ‘A Night With Sumandak Stars’ 30 November Ini!

    Shopee Sale



    Syarikat penganjur konsert terkemuka negara yang sering menghidangkan sajian muzik dengan kelainan tersendiri, Orange International dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ dalam satu majlis sidang akhbar eksklusif yang diadakan di Sky Lounge, Tkt. 40, Hotel Tamu.

    Tujuh sumandak Sabah

    Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 30 November 2024, bermula jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur, akan menggabungkan barisan penyanyi popular Malaysia yang berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ iaitu Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, Dato’ Mohd Fadzli Idrus, buat julung kalinya mereka mengumpulkan kesemua penyanyi kelahiran Sabah terkenal tanah air dalam satu pentas untuk hanya semalam buat halwa telinga penggemar muzik tempatan.

    Kami berbangga dapat membawa tujuh artis ‘sumandak’ yang masing-masing mempunyai pencapaian cemerlang dalam industri muzik. Ini adalah satu penghormatan untuk memberikan platform kepada mereka dalam sebuah acara yang belum pernah diadakan sebelum ini.

    Setelah kejayaan konsert Radja & Ella, Wali Band X Setia, dan terbaharu, Drama Band dengan tiket yang ‘sold-out’ kira-kira dua minggu lalu, pihak Orange International tidak menunggu lama untuk membawa kelainan pada konsert kali dan sentiasa mencari formula istimewa untuk menghiburkan rakyat negara ini dengan persembahan muzik yang luar biasa.

    Pemilihan artis-artis ini adalah berdasarkan pencapaian mereka yang membanggakan, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah, dengan masing-masing mempunyai repertoir tersendiri dalam bidang seni.

    Bella, sebagai contoh, dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, sementara Marsha, Adira, Stacy, dan Nikky adalah pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan juga Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Bagi pelapis baharu seperti Wani dan Didi, Dato’ Fadzli menekankan pentingnya memberi mereka peluang untuk bersinar. 

    Konsert ini adalah platform terbaik untuk mereka menunjukkan bakat yang ada.

    Pihak Orange International turut mendedahkan bahawa akan ada kejutan menarik bagi penonton pada malam konsert nanti.

    MENARIK:  Zul Ariffin Jadikan Makkah Sebagai Destinasi Utama – ‘Dulu Ke Laut, Sekarang Di Tanah Suci’

    Harga tiket

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah