26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aedy Ashraf Percaya Lelaki Zaman Sekarang Pentingkan Penjagaan Kulit

    Shopee Sale

    Pelakon, Aedy Ashraf berpendapat lelaki zaman kini semakin sedar tentang kepentingan menjaga kulit wajah berbanding generasi terdahulu.

    Artikel Berkaitan: Berlakon Sejak Usia 10 Tahun, Aedy Ashraf Tak Pernah Nampak Buli Di Set Penggambaran – ‘Ibu Pesan Sentiasa Hormat Orang Lain’

    Wajib jaga kulit

    Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, kemungkinan perubahan cara berfikir masyarakat hari ini banyak dipengaruhi gaya hidup serta cara dibesarkan.

    Saya rasa generasi dahulu dan sekarang memang berbeza. Kalau dulu mungkin lelaki tidak terlalu ambil kisah soal penjagaan kulit, tapi sekarang ramai yang mula mementingkan kebersihan dan penampilan.

    Cara orang jaga kulit berbeza-beza, ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting mereka ada kesedaran dan tahu produk apa yang sesuai dengan kulit mereka.

    Aedy berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit, CeraVe di Sunway Piramid, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Tambah pelakon filem Kahar: Kapla High Council, penjagaan wajah bukan sekadar rutin kecantikan tetapi juga memerlukan sedikit ilmu pengetahuan.

    Kalau tanya saya, penjagaan kulit wajah memang sangat penting dan lelaki zaman sekarang pun percaya perkara itu.

    Dalam pada itu, ketika diminta berkongsi mengenai rutin penjagaannya sendiri, Aedy mengakui dia lebih selesa memilih cara yang ringkas dan asas.

    Cara saya sangat mudah. Saya hanya guna pencuci muka dan pelembap sahaja. Kalau ada penggambaran, saya akan buang dulu solekan dengan ‘makeup remover’, kemudian cuci muka dan pakai retinol. Itu sahaja. Saya suka yang ringkas, tak banyak langkah.

    Malah, Aedy turut mendedahkan bajet bulanannya untuk penjagaan wajah tidaklah terlalu besar.

    Sebulan saya belanja tidak sampai pun RM200. Semua produk yang saya gunakan pun senang nak cari, boleh dapat di ‘drug store’ saja.

    The post Aedy Ashraf Percaya Lelaki Zaman Sekarang Pentingkan Penjagaan Kulit first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Lelaki Terkejut Tilam Penuh Tanah Kubur & Paku, Dakwa Nampak Kelibat Pocong Dekat Dapur – Masuk Rumah Rasa Sunyi Sangat’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah