25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Terkejut Tilam Penuh Tanah Kubur & Paku, Dakwa Nampak Kelibat Pocong Dekat Dapur – Masuk Rumah Rasa Sunyi Sangat’

    Shopee Sale



    Seorang individu berkongsi kejadian misteri yang dialami di rumahnya selepas pulang dari kerja pada jam 1.30 pagi.

    Tanah kubur, nampak pocong

    Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai Arul berkata, ketika memasuki bilik, dia mendapati tilamnya dipenuhi dengan tanah didakwa tanah kubur dan beberapa biji paku.

    Jam 1.30 pagi pada tarikh 13 Februari 2025. Aku singgah beli burger sebelum balik rumah. Sampai rumah aku parking motor macam biasa dan buka pintu, kemudian beri salam.

    Masuk rumah aku rasa sunyi sangat. Aku pun masuk bilik dan buka lampu tengok katil aku penuh dengan habuk. Sekali tengok kali kedua, rupanya tanah kubur siap ada paku atas katil.

    Berasa tidak sedap hati, individu berkenaan kemudian membuat keputusan untuk keluar dari rumahnya pada pagi tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Raudhah Merajuk, Aliff Syukri Ajak Pergi Butik Beli Beg Prada – ‘Asyik Kakak Qadeejah Dapat’

    Bagaimanapun, sebelum meninggalkan kediaman, dia mendakwa ternampak kelibat sosok pocong di kawasan dapur serta di hadapan rumah.

    Bila nampak tanah itu, aku dah start ‘shaking’. Aku sempat berselawat, tapi aku tak boleh tahan. Aku pun keluar dari rumah.

    Sebelum keluar aku nampak kelibat pocong dekat dapur dengan dekat bawah pokok mangga depan rumah.

    Bulu roma aku sumpah naik, apa yang aku nampak sumpah real. Tak ada masa aku nak rakam.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya menasihati individu terbabit untuk mendapatkan rawatan Islam.

    Malah, ada juga yang mendakwa sekiranya terlihat kelibat pocong berkemungkinan dengan tujuan sihir.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah